Saturday, March 28, 2009

kisah angan angan

kamu ada angan angan tak?
sesuatu yang lain dari yang lain?
luar dari kebiasaan hidup kamu?
di luar dari bidang yang kamu ceburi?
........................
hari ini aku berangan lagi
satu hari nanti
bila saja aku berada di kuala lumpur
aku mahu further studi dalam di bidang fotografi
(erk, mungkin ambil sijil saja kut)
aku mahu cuba hantar karya karya fotografi
mungkin ke galeri galeri kecil
jual saja karya pada harga yang murah
(iyelah, baik murah dan ada orang beli dari berkulat menunggu pembeli, kan?)
dan aku berangan lagi
bila karya karya aku sudah ada peminat tersendiri
aku mahu masuk pertandingan pertandingan foto
cuba cabar diri to the fullest
bersaing, belajar dari foto orang lain dan teruskan mengambil gambar
dan aku berangan lagi
aku akan buka galeri kecil
menjual hasil karya ku
seronok bukan - dapat hasil dari apa yg kita cinta
......................
kamu tahu, semua tu bukan mustahil tau
ooo... kamu gelakkan aku ya
takpa, aku mesti buka galeri tu satu hari nanti
kalau aku sudah buka, kamu jangan tak datang ya!
aku tunggu kamu!
......................
p/s : apa angan angan kamu di luar sana? sila lah kongsi di sini. jom kita bet. siapa tahu, mungkin angan angan kamu juga mungkin tercapai..

Saturday, March 21, 2009

kisah p/s i love you

salam
semalam aku menonton dvd kisah cinta
tajuknya p/s i love you
adaptasi dari novel karya cecilia ahern
(alamak, apa dah jadi dengan aku ni
asyik melayan cerita jiwang saja! sungguh tak macho!)
............................
lantak lah kalau korang cakap aku tak macho
tapi cerita nya sangat sweet dan menyentuh perasaan
(aku tahu, pasti ada yang geli geleman mendengar ayat aku tu..)
...........................
disebabkan ada sorang rakan aku sudah request untuk aku sinopsis kan filem itu
aku dengan rela hati akan kasi review
dan kamu, kamu, kamu dan kamu di luar tu
aku paksa kamu baca sekali! jangan malas!
...........................
kisahnya mengenai seorang wanita
yang telah kematian suaminya
sepanjang perkahwinan mereka
asyik bergaduh saja kerjanya
tapi mereka saling sayang menyayangi
(aku tahu, ada yg dah meremang bulu roma kan?)
si isteri ni terus down bila suami nya mati
macam nak gila.. sehinggalah suatu hari
sampai surat pesanan
dan si suami rupa rupanya sudah buat plan
sekiranya dia mati, dia tinggalkan surat surat
untuk menggembirakan hati isterinya
dan lead the wife to find another guy
kira cam cari pengganti la
.............................
hah, selebihnya korang kena la cari dvd tu
aku kasi 4 setengah bintang out of 5!
korang pasti tersengih sendiri
dan lepas je habis tengok dvd ni
korang pasti akan cakap
"i love you"
erk, xkisah lah kat siapa pun,
maybe jiran kamu
atau kucing liar kat tepi jalan tu..
contoh terbaik ialah aku
lepas tengok filem tu
terus ucap
"i love you....... maggi."
hmmm, lapar nya - malas nak masak!

Tuesday, March 17, 2009

kisah aku rindu

salam
minggu ni aku betul betul tertekan di ofis
dengan waktu kerja yang panjang
submission date yang menekan dan membunuh dalam senyap
politik ofis
dan juga drama tuduh menuduh,
tuding menuding jari antara satu sama lain
bila saja hasil kerja tidak memuaskan
aku penat
bila aku penat dan tertekan
aku akan teringatkan kampung halaman
aku rindu, aku sangat rindu
.....................
aku rindukan rakan rakan metrosexual ku
(atau mungkin yang perasan-metrosexual)
mereka ini sangat menyenangkan
punya kerjaya tetap yang membanggakan
setiap hujung minggu punya agenda outing yang menyeronokkan
ke mana mana pasti bergaya dengan pakaian berjenama
lepak lepak di hartamas atau starbuck
tonton wayang dan shopping ke tengah malam
aku rindu kamu!
....................
aku rindukan kawan kawan bekas seofis ku
yang mana selalu kami beriya iya bekerja di ofis
kadang kadang stayback sampai lewat malam
yang pasti, kami sudah macam adik beradik
pasti minum bersama sama lepas kerja
kekadang main futsal sama sama
(walau aku sangat dahsyat - kaki bangku - dipaksa main)
tiap bulan pasti ada outing sambutan harijadi
atau ke pavillion makan di foodcourt
atau ke redbox me-sumbang-kan lagu
aku rindu kamu!
......................
aku rindukan teman teman ym ku
juga bloggers bloggers semua
bila saja sekarang aku balik dari ofis
mereka pasti sudah tido - jarang jarang aku dapat bertemu di alam maya
aku sudah tidak dapat bercerita itu dan ini
sudah tiada masa untuk membaca itu dan ini
coretan anda semua - sering buat aku tertawa
aku rindu kamu!
......................
aku rindukan orang orang tersayang
di kampung halaman dan di kuala lumpur
aku sudah jarang jarang menelefon
juga ber sms - tambahan pula telefon ku sudah rosak
pasti mereka sangka kan aku sudah jadi sombong
dan lupa diri
aku rindukan kamu!
......................
apa boleh buat
peluk bantal sajalah nampak nya..

Thursday, March 12, 2009

kisah aku, surau dan rihanna

salam
hari itu
seperti biasa aku ke surau di ofis untuk solat asar
ada dalam 4,5 orang di surau
jadi aku turut serta sahaja sebagai makmum
solat berjemaah lah
sedang di rakaat kedua
TIBA TIBA Rihanna menyanyi,
"please dont stop the music!
please dont stop, please dont stop,
please dont stop the music"
..............................
erk! alamak, ringtone aku!!!

Monday, March 9, 2009

kisah perfume dan bekas teman lelaki

salam
minggu lepas aku ke shopping mall
maklum sajalah perfume pemberian orang padaku sudah kering
aku perlu beli baru - kerana diriku begitu berharga..
(erk, itu iklan ke hah?)
aku ni sedikit sensitif dengan bauan perfume
hidung aku ni, kalau bukan Hugo Boss Energize
atau Estee Lauder for Men, asyik terbersin saja
paling teruk bila pakai sesetengah perfume
kepala aku pening2 dan terasa nak muntah
maaf, aku lelaki - bukan mengandung ya!
favourite aku tentulah Hugo..
kamu mahu tahu apa keistimewaan Hugo Boss Energize?
untuk makluman kamu, bau haruman ini sangat melekat di hati
(terutama nya wanita)
kamu jangan tak tahu, sudah dua kali
dua orang wanita berbeza
bila berselisih dengan aku di ofis
muka seakan terkejut, dan termenung buat sesaat dua
sebelum mengucapkan
"si nakal andi, I hate you!"
eh, apa cerita tiba tiba benci aku?
"your smell! reminds me of my ex boyfriend"
oh.......
nasib baik agaknya ex bf dia orang baik2
kalau kaki pendera, x pasal pasal aku yang makan penampar!

Wednesday, March 4, 2009

kisah bagaimana cara untuk memikat wanita

salam
lain orang, lain caranya
ada yang buat buat muka baik
(walau perangai sebenar - ya ampunnn)
ada yang buat buat jahat
(maklum sajalah, wanita kan suka badboy, kira macho lah)
ada yang sanggup korbankan apa saja
(jangan korbankan bodi sekali ya, please)
ada jugak yang tak sanggup korban kan wang ringgit walau sedikit
(eh, aku rasa aku masuk dalam kategori inilah!!)
................................
kisahnya
ada seorang sahabat ni
hmmm... mungkin agaknya dia ni tak pernah ada teman wanita
sebab nampak cara dia approach wanita agak berbeza
atau dengan kata lain, PELIK
sahabat ini memang suka bergambar
dan suka bergambar dengan wanita
selalu terjadi depan mata aku
bila saja dia ajak wanita bergambar
2,3 saat sebelum flash, mesti dia letak tangan atas bahu wanita
atau pinggang wanita, atau mana mana lah
tapi dalam banyak banyak peristiwa
pernah sekali, si wanita (oh dia sangat cantik!!)
betul betul di depan orang ramai
berpaling pada dia
dan sound depan depan "KO JANGAN NAK MENGGATAL"
terkedu si lelaki....
(tapi lepas kejadian, masih tak insaf pun)
.....................................
kalau kamu di luar sana,
apa cara kamu paling HEBAT nak memikat wanita atau lelaki?
cubalah pikat aku kalau berani..

Monday, March 2, 2009

kisah slumdog millionaire ciplak?

salam
kamu tahu filem slumdog millionaire?
alah, filem yang dapat 10 pencalonan oscar tu...
tak tau?
alah, yang menang 8 anugerah oscar tu...
masih tak tahu?
alah, yang cerita fasal budak budak jalanan tu
haa.. tau pun!
aku dengar, filem tu sebenarnya tiru filem malaysia...
hah? biar betol!
iya, ciplak filem berbahasa melayu kita inilah
eh, kamu si nakal andi, jangan buat lawak..
slumdog millionaire ciplak filem apa??
.....................................
JUTAWAN FAKIR (tapi hanya tajuknya lah)
.....................................
kuang... kuang... kuang