Monday, July 26, 2010

kisah pencuri mimpi

salam
.
.
semalam aku tengok cerita lakonan leonardo di caprio
Titanic?
korang nih boleh jangan outdated sangat, boleh tak?
hahahah..
tentulah aku tonton filem terbaru leonardo dicaprio
dan di bantu oleh ken watanabe
dan juga pompuan yang berlakon cerita juno tu - serious aku xtau nama dia
dan korang nak tau apa reaksi aku sejurus selepas filem tu tamat?
"WOWWWW!!!"
dan, iya aku jerit kuat kuat
hahaha, sebab aku macam sudah sangat sangat kagum dengan jalan cerita ni
ah, cerita apa tu?
inilah INCEPTION!!
.
.
walau ramai yang merungut cakap cerita ni heavy
bagi aku, ini filem misteri yang terbaik pernah aku tonton
.
shuttle island?
yeah... best, tapi takleh lawan INCEPTION
the matrix?
yeah... best, tapi itu soo 90s takleh lawan INCEPTION
mami jarum?
yeah.... uwekkkk (sori, aku sudah termuntah)
.
.
ok, so kalau korang belum tengok
pergi tengok sekarang
buka minda luas luas
jangan tidur walau seminit - sebab kalau korang tak focus
korang akan lost dan tersesat ke dunia LIMBO
.
.
selamat menonton
dan sila kongsi ngan aku di sini lepas tonton tu ya!

Tuesday, July 20, 2010

kisah kasut

salam
.
.
lokasi : kampung
masa : 6.60 petang
.
hari ni macam terlewat sikit
biasa pukul 6.15 aku dah keluar untuk jogging
entah macamana harini sudah terbabas tertido
maklum sajalah, hujan dan berangin
tak lepaskan peluang lah untuk tido petang
.
dalam terkejar kejar tu
cepat cepat aku pakai stokin
dah setel
terus aku sambar kasut dan pakai
eh, dah ketat??
semalam ok lagi
tiba tiba ada rasa benda bergerak di hujung kaki
.
.
.
.
.
.
"ARRGGGHHHH, KATAK!!!"

Sunday, July 18, 2010

kisah angan-angan episod 1 : LCD TV

salam
.
.
sepanjang minggu ni
tugas aku setiap hari ialah berangan angan
memandangkan aku sedang bercuti panjang
dan akan start the new chapter soon
ok, sebenarnya aku takde keja lain nak di buat selain dari berangan angan
eh, tapi jangan judge aku
angan angan aku bukan angan angan kosong
ini versi dream-come-true punya..
.
.
so, memandangkan sekarang aku punya masa yang banyaaaaak
so aku dah survey siap siap dah furniture + ID + decoration bilik aku nanti
(well, aku kan designer - kalau bukan wat design,
apa lagi? takkan nak gi bawak kapalterbang pulak)
anyway, aku tak nak cerita banyak banyak pasal rumah
tapi aku nak cerita pasal bakal new-love aku ni
jeng jeng jeng
.
.
new LCD TV!!!!
.
.
dah lama sebenarnya aku jatuh cinta ngan LCD TV nih
dah dekat 6 bulan rasanya
mau tak nya, bila sorang demi sorang member member aku
angkut bawak balik LCD TV dengan sound system gempak giler babas
Imam muda pun boleh cair iman dia
.
.
so, setelah berfikir panjang dan berangan panjang
aku dah decide
berikut adalah kriteria new love aku :
- Sony @ Samsung LCD TV Flat Screen
- 42 inch
- Full HD (High Definition bak kata Messi dalam iklan bola tu lah)
- akan disertakan dengan bestfriend dia home theatre system (oh, belum decide brand apa)
.
.
dan alang alang dah nak beli Full HD TV
aku pun nak subscribe sekali Astro b.yond
(oh, dengan gigih sekali aku dah pi survey kat astro outlet tadi)
dan berikut adalah kriteria package yg aku nak langgan :
- astro family package
- astro mini packages (variety; Fox, Starworld, E!, Mtv, Animax dan Learning; discovery channel, nat geographic, discovery science, history, animal planet)
- movies package; HBO, Max, Star Movies
.
dan menurut brochure nih, Astro b.yond merangkumi :
- AXN + FOX + HBO + National Geographic + History
.
kira nya, selain dari 5 channel ni
channel lain lain akan sedikit kurang sharp
(sebab the technology of the remaining channels belum di upgrade ke HD)
pendek cerita, takleh la tengok astroria in HD
dan betapa gigihnya aku, siap pi test tengok
kat astro outlet tu
kalau kat TV plasma - camne effect HD tu
kalau kat LCD TV plak, camana effect dia
(hahaha, nampak sangat aku takde keja nak buat kan? kan?)
.
so, kesimpulan nya
aku agak puas hati lah dengan kualiti HD ni pada LCD TV
dan even channel yg belum HD tu
takde la teruk sangat kualiti nya dia LCD TV
.
so, sebaik saja aku back to KL
akan ku sambar secepat mungkin
hehehe
.
oh, dan memandangkan LCD TV ni bakal menetap di rumah aku nanti
sila hentikan angan angan korang nak berparti buih sakan kat umah aku
nanti buih kena kat LCD TV - pastu rosak!
so, korang sila pi mandi buih kat carwash terdekat ok?
hahaha..

Wednesday, July 14, 2010

kisah upper east side manhattan elite

salam
.
.
selepas berminggu minggu mencari cari tempat kerja yang menarik
dan tempat tinggal baru yang sesuai
akhirnya aku jumpa juga pilihan paling tepat
bakal kerja di the most prominent street in kuala lumpur
(yup, where all the yippie aka young executives duk bersosial)
dan bakal tinggal di one of the up and trendy condo di kuala lumpur
(well, kalau tak trendy pun, aku akan trendykan tempat tu)
hahaha
.
well, this is a new life of si nakal andi
welcome to the upper east side of manhattan elite
(alamak, dah tersasar jauh la pulak)
welcome to the upper east side of kuala lumpur elite
hahaha, memang macam haram
.
get ready all KL's socialite
here i come!!
.
.
.
.
p/s : ini la yang jadi bila duk bertapa lama sangat kat kampung..
.
oh lupa, kena ada ending :
x.o.x.o.

Monday, July 12, 2010

kisah duit duit duit

salam
.
.
okey asyik mengarut saja
apa kata, kali ni kita cakap pasal something yang serius
something yang logical
something yang amat diperlukan (or at least amat aku perlukan)
.
lets talk about MONEY a.k.a DUIT
.
.
so, ini list perbelanjaan aku sebulan
.
sewa rumah : 500
bill astro : 70
bill letrik / air : 50
bill hp : 200
bill internet : 100
ansuran kereta : 500
minyak : 200
toll : 50
parking : 300
gym : 150
insurance : 200
medical : 200
TOTAL : 2, 520
.
gila tak?
maksud aku, gila tak bila kena habiskan 2500 for only basic thing
belum tolak makan minum
belum tolak buku buku dan magazines (which aku boleh habis beratus ratus rm sebulan)
belum tolak makan duit keluar tengok wayang itu ini
belum tolak makan ngan gadis, gadis gadis dan gadis (the same gadis actually, ahaks..)
belum tolak baju zara, seluar topman, jam tangan diesel
.
so, tugas korang minggu ini ialah
sila nasihatkan aku
macamana aku nak buat saving?
nak simpan duit?
nak jadi manusia normal yang tak boros?
.
tolong suggest kat aku camna nak cut budget aku
yang aku rasa kalau tak control
sure sebulan boleh habis 5, 6 ribu
.
.
adakah aku shopaholic?
tolong!!!!!!!!

Thursday, July 8, 2010

kisah pick up line

salam
.
.
ok adik adik semua
aku tau korang semua ni payah nak dapat gf / bf
kenapa?
sebab korang tak expert dalam buat a good pick up line!
.
"abang, pick up line tu hape?"
ok, kalau tak tau pick up line tu hapa
no wonder korang masih single trang tang tang
sila google
.
.
so, kalau korang nak mengorat tu
tapi takdak idea, sila copy and paste idea2 seperti dibawah
.
.
"excuse me, i'm new here. can you give direction for me, how to reach your heart?"
.
"minta maaf cik, boleh pinjam telefon cik kejap? ini emergency! mak saya cakap, kalau saya dah jatuh cinta, telefon dia segera!"
.
"nombor i hilang lah, boleh i mintak nombor telefon u?
.
"is it hurt to fall from heaven?"
.
"i perasan yang u perasan yang i perhatikan u. u perasan tak?"
.
"hi! my name is Right..... Mr. Right"
.
"awak tak penat ke? sebab sepanjang hari awak duk berlegar legar dalam kepala saya.."
.
"hah, so sekarang saya dah muncul depan awak. so, apa lagi dua permintaan awak?"
.
"u tau tak apa yang paling best dalam hidup i? you..."
.
.
.
.
ok lah, kalau tak jalan jugak
kita ada plan B
ni last kopek punya
mesti berjaya punyalah!!
.
.
"hai! i cuma ada 3 bulan jer lagi untuk hidup...."
.
.
.
hahaha, selamat berjaya adik adik semua!!