Friday, April 24, 2009

kisah gadis gosip

kisah gossip girl ni sebenarnya di buat berdasarkan novel yang sedap-laris
(ok aku translate saja ke bahasa melayu perkataan best-selling, hahaha)
cerita ni berkaitan dengan dunia blog juga - pasal tu aku suka
konsep dia tu agak lain dari kisah kisah remaja lain
dan agak daring juga
(perhatian kepada yg bawah umur tu,
jangan lah berangan angan nak tengok cerita ni, pergi habiskan study dulu!)
bagi aku, filem ni macam kombinasi
sex and the city + The OC + Desperate Housewife
haa.. korang mesti dapat bayangkan, betul?
bayangkan segala skandal, gosip, drama, tumbuk menumbuk, flirt dan segala macam lagi yang dalam filem sex and the city
tapi dalam versi remaja - budak budak sekolah
(sekali lagi, cerita ni tak sesuai untuk para pelajar sekolah ya, harap maklum!)
..................................
kisah nya sekitar New York City's Upper East Side
kawasan orang orang kaya dan perihal sekolah elite anak anak orang kaya ni
unlimited creadit card, unlimited cash, limousine, posh cars, grand bungalow
hah, semuanya yang hebat hebat lah
berkenaan 6 watak utama:
Serena Van Der Woodsen - si playgirl badgirl yang dah insaf dan kembali ke pangkal jalan, dan iya, dia sangat hot okay!
Blair waldorf - si goodgirl secara luaran tapi sebenarnya agak nakal dan sangat licik - lakonan dan wajahnya sebijik macam fazura dalam gol dan gincu - gedik tapi comel
Dan Humprey - si loser yang takde ramai kawan, lonely guy yang takde girlfriend, dan dari keluarga miskin - terjebak untuk bercinta dengan IT Girl, Serena. wah, aku suka watak ini! sama perangai nerd macam aku, hahaha..
Nate Archibald - Goodboy gone badboy. watak dia membayang kan anak orang kaya yang well behaved - gentleman - tapi di sebaliknya sangat nakal dan troublesome.
Chuck Bass - inilah badboy sebenar dalam siri ini - dan juga maniac. sangat licik dan hanya mahu cari perempuan saja. macho tapi bahaya. sure ramai perempuan suka kan?
Jenny Humprey - adik kepada Dan. sangat naive dan selalu dibuli. tapi jangan pandang rendah, Jenny macam ulat beluncas, menunggu masa untuk menjadi butterfly! (wah, ayat aku memang macam haram!)
paling aku suka, sebab siri ni betul betul mengingatkan aku zaman zaman sekolah dan belajar dulu
dan setiap orang ada nama panggilan tersendiri
Serina (S)
Blair (B atau Bee)
Dan (Lonely boy)
Nate (N)
Chuck (mother-chucker) teruk gila ni..!
Jenny (Little J)
dan semua watak watak dalam siri ini
linked by a famous teenage blog - Gossip Girls Blog
yang akan cerita kan semua drama dan aksi
dalam secret blog ni - dan semua orang tahu rahsia rahsia itu
..........................
menarik bukan?
..........................
kalau aku salah satu dari watak di atas
tentulan aku ialah Andi (naughty boy)
setuju?
......................

Monday, April 6, 2009

kisah 'gadis gosip'

salam
iya... kamu semua kena tolong aku!!
aku sudah kena demam asmara
aku sudah tidak dapat berfikir dengan betul
setiap malam bersengkang mata, tido jam dua pagi
balik saja dari ofis aku terus terpacak duduk tak bergerak di atas katil
iya, aku sudah gila bayang
tolong!
........................
semuanya berpunca dari gadis gosip
ah, kamu tak tahu??
ok - terpaksa lah aku speaking sikit
semuanya kerana gossip girls
hahahahaha
iya aku sudah gilakan siri gossip girls yang hangat di US sana
aku tahu, aku tahu,
memang bunyi nya macam cheesy, cheapskate, dan apa apa sajalah
tapi kalau kamu ikuti siri itu
hah, kamu akan sama jatuh cinta dengan watak wataknya!
..........................
oh serena, aku cintakan kamu!
(erk, bukan serena anak chef wan itu ya...)
.........................
p/s: kalau kamu mahukan review cerita ni - cakap saja jangan malu malu, aku dengan rela hati akan cerita tanpa kena bayar!

kisah buat baik berpada pada

salam
alahai, lama betul tak blogging
maklum sajalah - aku busy yg tahap mr najib pun
lebih rela jadi PM dari menjawat jawatan aku ni
(ok lah, aku exeggerate saja..)
.............................
kamu pernah tak, buat baik, berbudi bahasa
tapi entah kenapa, tiba tiba dibalas tuba?
kalaupun bukan tuba, mungkin kamu kena tikam di belakang?
(kalau kamu pergi tikam nombor ekor tu, aku x nak masuk campur, ok)
hah, ini lah yang terjadi baru baru ini
yelah, walau si andi ni nakal
tapi hati aku ni takde lah jahat sangat
nak dijadikan cerita
baru baru ni, sedang aku nak kasi briefing kat staff
aku datang dari belakang - terdengar ketua staff ni kutuk aku
apa lagi, aku straight to the face saja tegur dia dari belakang (dengan nada selamba)
kelam kabut dia, terus gosok gosok belakang aku
berlakon konon konon baik
hahaha, aku suka betul dapat kantoikan orang yg tikam belakang
merah padam muka nya
dan menggelabah bukan main
naik kesian aku tengok
lagi best bila aku buat muka selamba habis
dan dia terasa bersalah habis
..........................
sejak dari hari tu
aku ada motto hidup baru di tempat kerja
its all about business - nothing personal
buat baik berpada pada di ofis
ramai saja yang tukang tikam
kamu ada pengalaman sebegitu?