Monday, January 30, 2012

Kisah cium lagi!

Salam
.
.
Beberapa minggu yang lepas aku balik kampung di johor
First time jugak lah balik ke sana
So ramai lah saudara saudara saudari
kaum kerabat yang aku tak kenal
Bila orang dah kenalkan tu
Aku angguk angguk senyum senyum lah
Kenyit kenyit mata sikit
(ok aku tipu, takkan nak kenyit mata kat nenek nenek kot)
.
.
Satu culture kat sana ialah
Bila salam dengan orang tua - akan cium tangan
So, dah jadi kebiasaan nya
Bila aku jumpa ngan atuk2, nenek2, pak2 sedara
Semuanya aku salam dan cium tangan
Maklumlah aku si nakal andi
Nakal tapi pemalu (baca : malu malu kucing)
.
.
Nak dijadikan cerita
Dalam ramai ramai tu
Ada sorang yang nampak dah agak berusia
Punya wife dan anak agaknya dah tiga orang
So, bila diperkenalkan
Aku macam biasa lah, salam dan cium tangan
Borak borak secukup rasa
Before dia balik, aku tanya sama ibu aku
Pakcik ni umur berapa ya
.
Ibu : mr. M, umur ko berapa ye sekarang?
Mr. M : Lahir tahun 1979, sekarang dah 33 tahun
Andi : ........... (dalam hati : what the FORK!!!)
ibu : ye ke, si andi ni muda setahun ja!
.
.
Nape la aku cium tangan dia masa salam
Maluuuuuuuuuuuuuuuuu!
.
.
.
.
.
.
.
Erk, adakah physical aku nampak begitu muda dan physical dia nampak begitu tua?
.
Misteri betolla.. Hahaha

Saturday, January 7, 2012

Kisah serius. Betul betul serius.

Salam
.
.
Dalam hidup ni
Percaya atau tidak
Kamu akan win some, kamu akan lose some
Kamu akan dapat sesuatu, dan kamu akan hilang sesuatu
Kamu tak akan boleh menang semuanya
You can never win them all
.
.
Dalam kerjaya aku
Dah banyak benda yang aku capai
Dan dah banyak impian yang aku gapai
Banyak tempat yang aku sudah pergi
Dan banyak pujian yang aku dapat
.
.
Tapi baru baru ini
Aku macam patah semangat dengan kerja di ofis aku.
Break down.
Putus harapan.
Tertekan.
Rasa rendah diri.
Dan rasa tu makin lama makin menekan.
Makin menebal.
Makin membesar.
Macam barah.
Sedikit demi sedikit menghancurkan semangat aku.
Menghancurkan segala keyakinan aku.
Meleburkan segala kekentalan aku yang ada.
.
.
Sempena tahun baru 2012
Aku mau bangkit.
Ubah segalanya.
Bangun.
Dan kembali berjuang!
Kamu semua jadi saksi ya.
Sokong aku ya.
Sebab aku juga cuma manusia biasa.
yang impikan hidup selalu terang dan cerah
Yang mahukan awan mendung pergi jauh
.
.
Doakan aku yang terbaik
Moga aku dapat membuat comeback
Kembali ke puncak!
.
.
Sebab aku si nakal andi
Aku pemalu, tapi nakal!