Friday, May 28, 2010

fakta si nakal andi - random

salam
.
.
ah, dah lama aku tak buat entry self-centered dan syok sendiri
seronok juga kan tengok pembaca pembaca aku ni muntah hijau dan menyampah
lepas baca entry aku, hehehe
so... terimalah
.
ruangan terkini dalam blog si nakal andi!
fakta si nakal andi
.
.
amat sangat sangat sukakan kucing macam bercinta dengan kucing
boleh tido sama sama, bangun pagi sama sama, makan sama sama
cuma tak mandi sama sama je, tu pun sebab kucing aku pemalu sikit.. hehe..
.
.
masa kecik kecik dulu mata sangat bulat
dan selalu kena usik di sekolah sebab mata bulat macam komik
tapi taktau kenapa bila dah tua ni mata macam sudah sepet sikit
.
.
tak minum air bersusu waktu pagi nanti sakit perut kena MC dari kerja
hahaha, alasan baeekkk punya..
.
.
minat filem perang, minat filem seram, minat filem romantik
dan minat filem hindustan (arghhh, mati lah kena gelak!!)
.
.
tak boleh termakan atau tertelan lauk yang ada hati
gigit aja mesti nak termuntah.. pelik kan?
agaknya orang romantik memang tak makan hati kut? muahahaha...
.
.
sekarang sedang gila kumpul kemeja jenama H & M
ahahaha, kat malaysia takde - mana aku nak cari pasni...
.
.
masa muda muda dulu, bila makan di kedai makan
suka tenung perempuan di meja makan sebelah
saja nak bagi dia perasan... sekali boyfriend dia plak yang jeling aku daaaaa....
.
.
ok, next time sambung self center lagi k..

Saturday, May 22, 2010

kisah ceritera cinta andi dan.....

salam
.
.
buat i-phone yang ku sayang
andi minta maaf sebab andi tak jaga sayang baik baik
andi tak perasan yang sayang duduk dalam poket masa bbq semalam
sayang tau, masa sayang tido dalam poket andi tu
ada dua orang kawan andi sudah kena rasuk
dorang curahkan satu baldi air lemon dekat andi
.
kasihan sayang
mesti sayang lemas dalam poket andi
andi sudah lupakan sayang masa tu sebab andi pergi kejar
makhluk makhluk tak beradab tu keliling padang
andi terus terusan lupakan sayang
sampai berjam berjam
.
bila andi balik umah
baru andi sedar sayang dah dalam keadaan kritikal
andi cuba untuk selamatkan sayang
andi cium sayang
andi belai sayang
tapi andi rasa, sayang sudah tiada perasaan lagi masa tu
andi terpaksa jemurkan sayang bawah panas
ini untuk kebaikan sayang juga tau
.
iphone ku sayang
kembali lah pada andi
lepas ni andi janji jaga sayang baik baik
jangan tinggalkan andi lagi...
.

Thursday, May 20, 2010

kisah 'the power of chemistry'

salam
.
.
dah lama aku tak cerita pasal ragam di opis aku
sempena aku sudah mahu berhenti dari opis aku ni
biar aku cerita sikit pasal office-chemistry aku
.
dalam masa dua tahun aku kerja sini
aku sudah kerja dengan pelbagai jenis senior designer
ada jenis pemarah, ada jenis cool, ada jenis gila, dan ada yang berlagak gila
tapi dalam ramai ramai ni
ada seorang senior designer yang sangat ngam dengan aku
introducing........
Mr. B
.
macamana mahu gambarkan ya
beza umur agak berbeza - dia 34 dan aku (alamak, terpaksa dirahsiakan demi keselamatan)
bangsa dah tentu berbeza - dia chinese dan aku malay (oh malay campur sikit thai, hehe)
pendidikan pun jauh beza - dia belajar di australia dan aku study di malaysia
.
apa perasaan korang bila korang dapat tahu:
1. bila saja dia dapat tahu kontrak aku tidak di sambung, terus dia pergi masuk bilik boss mahu tanya kenapa dan kenapa.
.
2. semasa appraisal boss lain semua ambil masa 10 minit sahaja, tapi dia menghabiskan satu setengah jam untuk kasi nasihat dan berbual bual pasal masa depan.
.
3. bila dia bagitau staff lain yang hanya dua orang di opis yang dia suka work with, dan aku adalah salah seorang dari yang dua itu.
.
4. bila ada staff lain yang jumpa aku dan bagitau, "do you know that Mr. B said he will try his best to persuade you to stay. what did you do? i think he really like you.."
.
5. dan paling membuatkan aku terharu bila hari terakhir member aku di opis, bila sampai masa untuk bergambar beramai ramai, mr. B datang bergambar di sebelah aku sambil memegang bahu aku.
.
buat Mr. B
(walau aku tau dia tak mungkin baca blog ni sampai dia tua pun)
'rakan se ofis datang dan pergi
tapi kamu akan terus melekat aku ingat sampai bila bila'
.
inilah 'the power of chemistry'
moga kamu mendapat rahmat tuhan selalu
tak kira lah apa bangsa dan agama kamu
.
dan percaya atau tidak, aku sudah anggap kamu macam abang kandung aku!

Wednesday, May 12, 2010

kisah kiub ayam

salam
.
.
lokasi : supermarket S
masa : 8 malam
.
.
si nakal andi sedang mencari chicken cube
hah? korang tak tau chicken cube tu hape?
biar betul??? korang tak pernah masak ke?
alah, kiub ayam knorr atau maggi tu..
ok? dah tau dah?
.
nak dijadikan cerita
si nakal andi cari lah di merata ceruk supermarket tu
tak jumpa jugak.
cari dan cari lagi
masih tak jumpa.
tanya kat makcik yang lepak tepi peti sejuk tu
dia pun tak tahu.
akhirnya si nakal andi tanya pada pekerja pakistan
.
"excuse me, where can i find chicken cube?"
"oh, its over there... let me show the way!"
.
wah, nasib baik ada mamat pakistani nih yang prihatin
selang beberapa rak, dan dengan muka selamba dia tunjukkan tangan
"this is it..."
.
"Erk!!!!!!!!!!"
hangin satu badan bila nak cari CHICKEN CUBE
tapi si mamat ni bawak pergi CHICKEN / MEAT SECTION
.
boleh tak nak sumbat seekor ayam dalam mulut dia?