Friday, February 27, 2009

kisah pohon yang subur

salam
tadi dalam perjalanan ke masjid untuk solat jumaat
sambil berlari lari anak sebab dah terlewat
melintasi sebatang pohon yang subur
lalu dalam mikro saat itu
sempat aku terkenangkan kisah sebulan yang lalu
.........................................
masa tu aku baru sampai dari kampung (bercuti)
apartment aku ni, kalau nak masuk ke apartment lobby
kena pakai swipe card - iyalah, security reason
tapi card aku housemate pinjam
dan aku sampai jam 4 pagi
dengan beg besar, cuba untuk tekan interkom
haram budak serumah semua tido mati
dah dekat setengah jam, takde yang bangkit dari mati ni
sejuknya pulak sampai ke tulang tau
dan di masa masa yang genting seperti itulah
tiba tiba pulak pundi kencingku overloaded
interkom dan interkom dan interkom
masih tiada jawapan!
di sebelah apartment, mana ada public toilet, kubur adalah
dan akhirnya setelah tiada jalan lain
terpaksa la si nakal andi
buat benda nakal
hey, sometimes, a man need to do what a man have to do!
dan pokok tadi lah yang menjadi mangsa!
............................
keesokan hari, bila aku cerita pada rakan
dia suruh aku check pohon tadi
katanya "konfirm pohon tu dah mati kena racun ko!!"
memang terkena lagi aku!
...........................
p/s : harap harap tiada la orang rakam, si nakal andi tak mahu jadi YOU TUBE star
dengan aksi tidak senonoh di bawah pohon di pukul 4 pagi!
ingat! aku nakal tapi PEMALU..

Wednesday, February 25, 2009

kisah boxer dan kain pelikat

salam
tadi kami keluar seketika dari ofis untuk makan malam
6 orang semuanya, 5 jejaka dan satu gadis
semuanya di sumbat ke dalam kenderaan pick-up
macam sardin yang tin nya kemik ya!
semasa makan, entah macamana
tiba tiba terkeluar topik perbincangan
lelaki sesuai tido pakai boxer atau kain pelikat
majoriti dari 5 jejaka tadi suka kan boxer
lalu si gadis tertanya tanya, kenapa tak pakai kain pelikat?
lalu si nakal andi terkenangkan kisah di sekolah dulu
..................................
ada seorang rakan sebilik yang bertubuh besar
adalah sikit rupa macam Bob Akademi Fantasia itu
kebiasaannya dia akan memakai kain pelikat ketika tidur
normal lah, kebanyakan pelajar juga begitu
si Bob celup ini katilnya belah atas (katil double decker)
di satu subuh yang hening
sedang si Bob celup mamai bangun dari tidur
dan hendak turun dari katil dua tingkatnya
tiba tiba dia tergelungsur ke bawah
dengan KAIN PELIKAT TERSANGKUT PADA KATIL
apalagi, kami sebilik ternampak BELLY DANCING separuh bogel
percuma di subuh hari lah!!
pecah perut tergelak di awal hari.
cuba bayangkan saja kalau bersaiz XXL
dan kain pelikatnya hanya menutupi pinggang ke atas
HARU BIRU!
..........................................
dan si gadis tadi tergeleng geleng kepala
sambil kami semeja terbahak bahak ketawa.
..........................................
p/s : kamu di luar sana rasa, mana lebih sexy, boxer atau pelikat?

Sunday, February 22, 2009

kisah angel dan devil

salam
tadi petang berborak borak dengan gadis philiphines di ofis
oh, ofis aku ni memang masyarakat majmuk
ada malay, chinese, indian, pakistani, philiphines, singaporean, indonesian,
pendek kata, truly asian lah
kalau warga philiphines, kami short-cut jadi pinoy
so, bermula lah soal jawab antara budak nakal dan gadis pinoy
gadis pinoy : do you believe in angel?
andi : yeah, of course, God, angel and devil
gadis pinoy : oh? angel is made of what?
andi : angel was made of 'light' and devil was made of 'fire'
gadis pinoy : really? hmm... do you believe in prayer?
andi : oh yes. we have to pray for 5 times a day.
gadis pinoy : oh really? but....
.... then what are you doing here now, its late, go pray!
andi : ....... erk!! (muka bertukar merah, ceh, sempat lazer aku!! terkena!!)
dan aku bergegas pergi ke surau..
p/s : takpa, lain kali aku lazer kamu pulak! dendam ni ok... (dalam hati saja)

Friday, February 20, 2009

kisah kes mencurigakan Benjamin Butang

salam
aku nak tanya kamu di luar sana
kamu pernah tengok movie selama 2jam 47 minit tak bergerak dan terpaku pada jalan cerita?
.....tak pernah kan....
kamu pernah tengok movie yang sangat real sehingga kamu tersenyum bila si hero jatuh cinta pada si heroin?
.....tak pernah kan?....
kamu pernah tengok movie yang sangat menyentuh hari sehingga kamu tak sedar air mata mengalir dekat pipi kamu? (oh, sungguh tidak macho)
.....tak pernah kan?....
apa kata, kamu, dan kamu, dan kamu di luar sana tu
pergi tonton movie
THE CURIOUS CASE OF BENJAMIN BUTTON
tidak, bukan sebab brad pitt
tidak, bukan sebab cate blanchette (eja betul ke ni?)
tapi sebab plot cerita ni yang sangat HEBAT
sehingga si nakal andi ketawa dan mengalir air mata di panggung
(sah si andi memang tak macho!!)
aku rasa, filem ni antara terhebat aku pernah tonton seumur hidup aku
.......................
sila tonton dan kongsi di sini ya!!
.......................
p/s : sedang aku sedih kerana babak lakonan di skrin,
si penonton sebelah terbahak bahak tengok brad pitt kembali menjadi budak!
memang dia ni hati kering!

Wednesday, February 18, 2009

kisah si nakal kena marah

salam
kamu kenal mr Y?
sudah tentulah kamu tak kenal
dia ini senior aku di ofis
dulu kami pernah bekerja di 'wing' yang sama di ofis lama
selalu bertegang urat fasal kerja
bergaduh macam ofis tu kami yang punya
tapi gaduh hanya sekejap, lepas tu baik la semula
bila pindah ke ofis baru
sudah jarang jarang berkelahi
tapi tadi kami argue fasal kerja
gaduh hingga terlupa yang tempat duduk aku ni agak panas
panas sebab bersebelahan dengan bilik director
sedar sedar sedang syok bergaduh
ada suara yang tidak di alu alukan datang menyampuk
"what is the problem here!! argue for half an hour. still not settle??"
dan selebihnya... apa lagi, teruk la kena marah!
....padan muka aku...
lebih panas hati bila ada member perli
"aik, kamceng ko dengan director tu.."
ceh..!

Monday, February 16, 2009

kisah mata bengkak bukan sebab menangis

salam
dua hari lepas mata aku bengkak
kena ketumbit (er atau orang panggil ketimbit, entahlah)
kamu tau apa itu ketumbit?
ketumbit ialah bila mata kamu bengkak sebelah
dan kelihatan mirip mirip alien
itulah rupa aku dua hari lalu
...................................
sehari yang lepas
aku masuk ke ofis
reaksi dari teman teman
"what happenned to your eyes?"
"you look terrible!"
"ko intai siapa ni?"
"Your eyes!!!!"
"ko skodeng sapa berak ni?"
"you look ugly"
ya.. mereka semua tak senonoh
geram dengan tuduhan tuduhan melampau tu
aku jawab saja dengan muka kool
"semalam kan valentine's day, muka aku kena tumbuk, aku try mengorat gf orang!"
hahaha, puas hati aku
.............................
dalam banyak banyak komen
ada satu yang luar biasa
"eh, ko nampak comel!"
erk. ini puji atau perli?
atau rupa aku dah serupa ET?

Sunday, February 15, 2009

kisah valentine yang menyedihkan

salam
jam 9 malam : sehari sebelum valentine (13 february)
teman aku balik ke rumah dengan girang
muka berseri seri
di tangan penuh dengan paperbag
ada lilin2, roses, apple juice (dalam botol yg ada rupa whisky tu), alas meja baru, gelas kaca yg tirus yang selalu kalau kita cheers tu ada 6 bijik, bahan bahan makanan, siap dengan steamboat punya mini-dapur
"eh, nak buat apa ni?"
"haa... ko rasa, elok aku wat kat roof top atau kat balcony ni aja?"
ooo, rupa rupanya, teman ni nak sambut valentine
nak buat candle light dinner untuk kekasih hati
aku pun bagila idea idea tambahan
"apa kata ko tabur kelopak kelopak bunga dari pintu sampai balcony.."
"nanti ko nyanyikan sekali lagu lagu guna gitar untuk dia"
dan beberapa cadangan merapu yang lain..
keesokan hari : jam 8.30 malam, 14 february
hari yang ditunggu tunggu
terdengar suara orang bergaduh di telefon bimbit
........................
"si nakal andi, aku x jadi buat candle light dinner, kekasih aku reject aku!"
........................
hmmmm, hidup ini tak semuanya indah kan?
........................
p/s : kamu mahu tahu aku sambut valentine atau tidak?
hmmm... aku kan budak nakal, x main lah jiwang jiwang ni
hehehehe

Friday, February 13, 2009

kisah diesel dan dkny

salam
orang kata
kalau takutkan ombak, jangan berumah di tepi pantai
aku degil..
orang kata
kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga
aku degil..
aku fikir, kail aku panjang!
so, semalam aku ke shopping mall M
dan harini ke shopping mall BJ
konon konon nya boleh tahan dugaan la
sudahnya aku beli jam tangan Diesel dan DKNY
mampus
habis duit aku 1k
di wajah aku ada senyum
sedang hati ku menangis ( makan pasir la bulan ini)
huhuhu
siapa kata virus shopaholic tak menyerang lelaki??

Wednesday, February 11, 2009

kisah zip dan .....

salam
tengahari tadi saya betul betul serba salah
hmmmm....
dalam ofis saya
staf2 di susun secara berkumpulan
di sebelah kanan saya seorang gadis
di sebelah kiri saya seorang jejaka
si jejaka ini memang rakan baik saya
sudah dua tiga kali kejadian serupa berulang
si jejaka ke tandas dan lupa zip kan seluar
biasa lah, lelaki sama lelaki
saya sound aja depan depan!
"hoi, zip kau tu!"
tapi tadi bukan si jejaka yang terlupa
si gadis di sebelah kanan yang terlupa!!!
dan saya memang kelu, tak tau cara untuk bagitau dia
mana mungkin "er, cik, zip seluar cik tu, apasal tak tutup?"
kalau anda di tempat saya
apa yg anda akan lakukan?

Monday, February 9, 2009

kisah bas, pemandu dan kentut

salam
jam sudah 10.45 malam
driver baru memulakan perjalanan menghantar penumpang ke apartment
baru beberapa meter bergerak
tiba tiba seluruh bas kecoh
bau menusuk menyentuh deria bau
kecoh dan bising satu bas
lebih kecoh apabila pemandu bas tiba tiba memberhentikan bas, menutup hidung,
dan turun dari bas
rupa rupanya
dalam semua keletihan pulang dari kerja
sempat juga entah siapa terkentut!!
xdapat menahan gelak bila terdengar seorang penumpang menjerit
"oii, pergi berak lah!!"
(tergelak besar!)
kamu di luar ada pengalaman terkentut di depan awam?

Sunday, February 8, 2009

kisah you want life or money? part 2

salam
jam 6.30 petang
email diterima
ada pesanan dari big boss
'because of our project is in critical stage now....
bla....bla....bla....
our team have to start work at 9.00am
and go back at 11.00pm EVERYDAY'

Erk! aku hanya menelan air liur...
(hmm...redah sajalah..)

kisah you look soooo......

salam
minggu lepas seorang rakan berbalas pesanan ringkas (sms) dengan saya
gadis 1 : hi dear, can i have ur latest photo?
si nakal andi : which one?
gadis 1 : any of your latest photo lah.
si nakal andi : ok. i'll send thru mms
dan mms pun dihantar...
gadis 1 : oh my god, you look soooooo gay!
si nakal andi : Erk! (what the.....)
moral of the story, jangan pakai baju V-neck depan pompuan, nanti dia salah sangka!
apa pendapat kamu?
p/s : saya suka baju V-neck, nampak sexy! hehe

Saturday, February 7, 2009

kisah you want life or money?

bermula hari ini
ofis mewajibkan staf untuk bekerja 6 hari seminggu
cuti cuma hari jumaat
sabtu sampai jumaat, kerja
bermula jam 9 pagi hingga jam 8 malam
iya, saya tau
saya tiada life
nampaknya selepas ini, saya terpaksa compressed kan semua aktiviti saya hanya pada malam jumaat - tengok wayang, makan makan dan keluar ke shopping mall
hari jumaat - tido - solat jumaat - tido - makan - tido
dan sudah tentu, perut saya akan membuncit
selamat tinggal 'six pack' - macamlah bodi saya ada six pack!
kalau kamu di luar sana
apa pilihan kamu?
life or money?

Friday, February 6, 2009

kisah mamat arab tanpa duit

dalam perjalanan menuju ke khaleej mall
melintasi seorang mamat arab
berjubah, siap berserban
dia memberi salam
saya jawab
lalu dia berkata
"i need help here, i havent get my salary, i dont have money to buy food, maybe tomorrow my boss will bank-in my salary"
what the...!! (dalam hati sahaja)
"i will pay back when i get my salary"
iye lah tu! (dalam hati juga)
buka wallet, cari wang kertas sepuluh, yang ada cuma wang kertas dua puluh, hmmm, ambik lah, rezeki ko mat arab
sambung perjalanan ke khaleej mall
haaaih, orang arab pun ada yg xcukup makan ye?

kisah KFC tanpa ayam

salam
kamu pernah jumpa KFC (stands for Kentucky Fried Chicken) yang tak menjual Fried Chicken?
pelik bukan?
tadi tengahari saya ke Khaleej Mall
terasa sangat lapar, maklumlah, semalam malas masak, dan cuma makan maggi sebagai makan malam
hari ini pagi tidak sarapan, terus solat jumaat
lepas jumaat, perut berbunyi, tiba tiba terkenangkan KFC yang dah berbulan bulan diboikot
kerana terliur ya amat, saya terpaksa break the rules - menuju ke restoran KFC
rasanya sekali dalam 6 bulan, apa salahnya kan
sampai di sana
order extreme meal
"sorry sir, we dont have that"
oh, hmmm... ok lah cuba chicken strips
"sorry sir, we dont have that either"
aik??? hmm... ok lah cuba chicken box
"sorry, we dont have all the chicken based menu, we just have burger and fillet"
what the....!!! (cuma dalam hati)
what about all the fried chicken in the display rack?
"that one just for display"
oh, aku mahu pengsan!

salam nakal

salam
ini first entry saya
orang kata, setiap manusia ada dua personaliti
tidak kiralah, dia itu siapa
engineer, doktor, petani, pelukis, perdana menteri atau penarik beca
manusia ada dua sifat berbeza
mungkin sesetengah manusia mahu menyembunyikan sebahagian dari personaliti mereka
tidak kisahlah
blog ini adalah alter-ego saya
kamu boleh bicara apa sahaja di sini
asalkan tidak mencarut atau berbicara lucah
saya tidak suka
apa pun
ini sisi nakal manusia bernama andi
inilah kisah kisah harian si nakal andi
selamat datang!