Saturday, October 30, 2010

kisah petua untuk mengurangkan pahala di hari jumaat

salam
.
.
baiklah penonton penonton sekalian
untuk ruangan petua kali ni
aku akan cerita bagaimana caranya untuk mengurangkan pahala
di hari jumaat yang diberkati
.
.
masa : 12.45pm
lokasi : klcc
keadaan : dalam perjalanan ke masjid klcc
.
.
aku berjalan dari opis meredah bangunan bangunan tinggi
bertiga bersama rakan seopis
semuanya lelaki - iyalah nak gi solat jumaat kan..
.
masa merentasi klcc
tiba tiba ternampak di kejauhan seorang model pompuan
lupa apa namanya, tapi model ni agak familiar di kaca tv
model caucasian. cantik. tinggi. seksi.
eh kejap...
maksud aku, sangat cantik. sangat tinggi. sangat seksi.
.
.
lepas je melintasi model itu
aku cepat cepat tanya member aku
.
"hey, korang perasan tak muka dia??? itu model!! model famous tu!!"
.
kedua dua opismate "hah? muka? aku tak perasan. aku tengok dada dia ja!"
.
.
.
.
.
.
macam SIUT!!

Thursday, October 21, 2010

kisah entry post ke seratus

salam
.
.
dengan bangga nya aku ingin umumkan
ini adalah entry yang ke seratus
dalam masa er... setahun lebih rasanya
dan aku sempat juga 'print-screen'
jumlah pembaca blog budak nakal ini
9999
dan kini mencecah lebih 10000 views
.
.
YAYYYYYY!!!!!
.
.
ok lah tu, walau takde followers sampai beratus atau beribu
tapi aku suka
at least aku dapat berinteraksi dengan pembaca pembaca blog aku
dan juga curi curi baca blog korang
.
.
disebabkan korang setia pada aku
aku akan reveal gambar sebenar aku
harap korang jangan kutuk kalau dah tengok gambar aku ni ya
special untuk korang
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




hahaha
.
.
aku kan si nakal andi
pemalu tapi nakal!

Saturday, October 16, 2010

kisah 'macam pernah kulihat, tapi di mana ya?'

salam
.
.
alkisahnya last week aku sangat busy
seperti biasa, baju baju akan aku hantar laundry
iyalah, kalau kat kampung boleh order sama bibik
bibik, basuh itu, basuh ini
tapi duk kat umah bujang ni - takda mesin basuh
so, laundry ajalah
.
dan dek kerana busy sepanjang minggu
setiap kali balik dari kerja, kedai laundry pun sudah tutup
akhirnya, stok baju baju aku pun sudah habis
terpaksa lah keluarkan baju lama dari almari
pakai sajalah..
.
.
lokasi : office
masa : office hour
.
kat office ni ada lah sorang adik adik
(pernah bekerja di opis yang sama dengan aku sekejap 3, 4 tahun lepas)
kebetulan pula di opis baru ni, terserempak kembali
aku x kesah lah dia ni adik adik, itu pilihan dia
yang aku tak tahan tu bila dia keluarkan ayat keramat
di depan member member aku
.
.
"eh, andi! aku ingat lagi la baju ko ni!"
.
aku : "aih?"
.
"baju yang ko pakai ni, baju lama 4 tahun lepas kan? aku ingat lagi ko pakai masa kat opis lama!"
.
.
.
.
.
macam cilake (dalam hati saja)
.
hahahaha, MALU SIALLL...

Thursday, October 7, 2010

kisah sedih seorang sahabat

salam
.
.
semalam aku berjumpa seorang rakan lama
katanya ada sesuatu yang serius ingin dikatakan pada aku
setelah berborak selama setengah jam
barulah si rakan mula bercerita perihal kisah sedih nya
aku yang sedang makan
terdiam seketika
sudu dan garfu aku letakkan ke meja
aku sebak
aku tahan
aku terkedu
air mata mula mengalir
dan makin laju
dan terus laju
.
rakan ku mengidap sakit yang serius
dan punya jangka hayat pendek
mungkin akan meninggal dalam tempoh yang singkat
.
aku menangis dan menangis
.
dan malam nya di bilik tidur aku
aku tak dapat menahan perasaan lagi
aku menangis dan terus menangis
hati aku luluh
jiwa aku sayu
mata aku bergenang air hangat
.
aku tertidur
dan bila aku bangun pagi
aku harap kan ini semua mimpi
.
tapi realiti itu pahit
dan ini adalah kenyataan
.
dan mata aku bergenang lagi....