Friday, December 17, 2010

kisah drama antarabangsa

salam
.
.
aku benci drama
.
tapi tak tahu kenapa
aku selalu terjebak dalam drama realiti nih
kali ni berbeza sikit
drama di opis
tapi bertaraf antarabangsa
.
mau tak nya
semua yang terlibat kali ni
semuanya berlokasi antarabangsa
.
diperkenalkan para pelakon
.
Mr. J - lokasi di Paris
Mr. P - lokasi di Brussel
Mr. C - lokasi di South Africa
Mr. R - lokasi di Vietnam
Mr. S - lokasi di Singapore
dan tak lupa pelakon picisan
tapi kali ni dapat watak jahat hitam pekat
Mr. andi - lokasi New York
(eh jap, bukan New York, tapi KL saja)
.
al kesah nya
semua watak watak utama tu travel ke oversea
yang in charge on project aku
cuma aku di opis
Mr. P si client mengamuk pasal design Mr. J si bigboss asyik tukar
Mr. P mengadu dekat Mr. S si manager di singapore
dan Mr. R si manager di vietnam
dan yang paling 'best'
aku yang menjadi jurucakap kepada Mr. J yg berada di paris untuk presentation
dan wakil kepada Mr. C yang bercuti di South Africa
.
dan selaku jurucakap ni
aku lah yang kena maki berbakul bakul
.
macam HARAMMMMMM!!!

Sunday, December 5, 2010

kisah 'double face'

salam
.
.
sori lah rakan rakan
aku agak busy kat opis lately
bila aku kata busy - meaning super-busy
super-busy dalam erti kata pi opis jam 8 pagi
dan balik umah pukul 11 atau 12 malam
.
nak dijadikan cerita
dua hari lepas
ada sorang senior designer sudah minta tolong sama aku
kita nama kan dia Mr. N
project yang dia handle ada urgent submission
so memandangkan aku punya project sudah submit
dia minta favor lah
.
ok, bukan aku sorang, tapi hampir seluruh office dikerahnya
memandangkan kami semua ni hati suci murni
so, kami pun tolonglah
balik jam 11 malam dan weekend pun datang lagi untuk siapkan
.
so, dalam ramai ramai tu
egyptian yang duduk sebelah aku pun dikerah sama
kerja punya kerja
sampai lah ke tengah malam
selepas check design dengan senior designer tu
aku punya part, takde masalah - lulus
egyptian punya part - dia cakap, its too late to change anything
so, we will accept whatever that's done
.
so, mamat egyptian pun printlah the design
dan serahkan pada mr. N
dan mr. N looks ok with it, dan siap berborak2
just like a good friend
.
mamat egyptian beredar pulang
5 minit kemudian
mr N datang ke tempat aku
dan buat drama depan aku dan rakan2 designer
design mamat egyptian tadi dikoyakkan
dan dilempar ke tong sampah
.
"guys, this is a sample of bad design!. ELOK BUANG DALAM TONG SAMPAH JE"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
what the fox!!!
mr N weh
tadi ko berborak macam best friend
dia balik je, ko buat drama samarinda pulak????
.
why cant you just be HONEST???
.
.
.
.
.
.
.
aku dah print design aku
tunjukkan dekat mr N
dan whisper kat dia
.
"this is my design, hope you will not buang ke tong sampah bila i dah balik nanti.."
dan aku walk away dengan selamba..
.
.
rasakan!
snobbish jerk!

Sunday, November 14, 2010

kisah 'womanizer'

salam
.
.
alkisah
di opis tempat aku keje
ada sorang designer baru masuk
import dari egypt nun
dan dia duduk the same compartment dengan aku
side by side
.
.
so, ada la juga aku ajak dia kuar lunch sama sama sama kawan opis
nak dijadikan cerita
masa keluar lunch tu
mr eqyptian, aku dan sorang member borak borak lah
tiba tiba dia tanya soalan maut kat aku
.
.
"andi, are you a womanizer?"
.
aku terus tercengang
.
"what is it?"
.
"andi, are you a womanizer? coz you look like a womanizer"
.
.
dan terbahak bahak lah aku dan member aku tergelak
gila ke hapa!
.
aku ni dah la muka tak kacak
.
badan pun tak seksi
.
takde rupa womanizer langsung pun
.
kalau iya pun, ada la rupa
macam mamat mana tah kat bawah ni
.
mamat biasa biasa je bawah ni
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.

hahahaha

Sunday, November 7, 2010

kisah 'heartbeat'

ahhh
aku sudah jatuh cinta pada lagu 'heartbeat'
enrique iglesias featuring nicole pussycat dolls
it's sooooooo sweet!! demmit!
and the vid is sexy!
part paling aku suka ialah lirik nya
'you steal my heart away, stop steal my heart away...'
and yes, love is a mystery
.
.
I saw you talking on the phone
I know that you are not alone
But you steal my heart away
Yeah you steal my heart away
.
You’re acting like you’re on your own
But I saw you standing with a girl
Stop tryn’ to steal my heart away,
Stop tryn’ to steal my heart away
.
I don’t know where we going
I don’t know who we are
.
I can feel your heartbeat
He said to me
I can feel your heartbeat
Running through me
Feel your heartbeat
.
She saidI can feel your heartbeat
She said to me
I can feel your heartbeat
She said to me
I can feel your heartbeat
She said to me
I can feel your heartbeat
Running through me
Heartbeat
Feel your heartbeat
.
Maybe it’s the way you move
You got me dreaming like a fool
That I can steal your heart away
I can steal your heart away
No matter what it is you think
I’m not the kind of girl you think
And give my heart away
Stop tryin’ steal my heart away
.
I don’t know where we going
I don’t know who we are
I can feel your heartbeat
He said to me
I can feel your heartbeat
He said to me
.
.
erk, lepas ulang ulang baca lirik
macam the song is about
a guy dan a girl that attracted to each other
but dorang sebenarnya dah berpunya
.
erk, no sooo sweeet anymore hah?
hehehe

Saturday, October 30, 2010

kisah petua untuk mengurangkan pahala di hari jumaat

salam
.
.
baiklah penonton penonton sekalian
untuk ruangan petua kali ni
aku akan cerita bagaimana caranya untuk mengurangkan pahala
di hari jumaat yang diberkati
.
.
masa : 12.45pm
lokasi : klcc
keadaan : dalam perjalanan ke masjid klcc
.
.
aku berjalan dari opis meredah bangunan bangunan tinggi
bertiga bersama rakan seopis
semuanya lelaki - iyalah nak gi solat jumaat kan..
.
masa merentasi klcc
tiba tiba ternampak di kejauhan seorang model pompuan
lupa apa namanya, tapi model ni agak familiar di kaca tv
model caucasian. cantik. tinggi. seksi.
eh kejap...
maksud aku, sangat cantik. sangat tinggi. sangat seksi.
.
.
lepas je melintasi model itu
aku cepat cepat tanya member aku
.
"hey, korang perasan tak muka dia??? itu model!! model famous tu!!"
.
kedua dua opismate "hah? muka? aku tak perasan. aku tengok dada dia ja!"
.
.
.
.
.
.
macam SIUT!!

Thursday, October 21, 2010

kisah entry post ke seratus

salam
.
.
dengan bangga nya aku ingin umumkan
ini adalah entry yang ke seratus
dalam masa er... setahun lebih rasanya
dan aku sempat juga 'print-screen'
jumlah pembaca blog budak nakal ini
9999
dan kini mencecah lebih 10000 views
.
.
YAYYYYYY!!!!!
.
.
ok lah tu, walau takde followers sampai beratus atau beribu
tapi aku suka
at least aku dapat berinteraksi dengan pembaca pembaca blog aku
dan juga curi curi baca blog korang
.
.
disebabkan korang setia pada aku
aku akan reveal gambar sebenar aku
harap korang jangan kutuk kalau dah tengok gambar aku ni ya
special untuk korang
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




hahaha
.
.
aku kan si nakal andi
pemalu tapi nakal!

Saturday, October 16, 2010

kisah 'macam pernah kulihat, tapi di mana ya?'

salam
.
.
alkisahnya last week aku sangat busy
seperti biasa, baju baju akan aku hantar laundry
iyalah, kalau kat kampung boleh order sama bibik
bibik, basuh itu, basuh ini
tapi duk kat umah bujang ni - takda mesin basuh
so, laundry ajalah
.
dan dek kerana busy sepanjang minggu
setiap kali balik dari kerja, kedai laundry pun sudah tutup
akhirnya, stok baju baju aku pun sudah habis
terpaksa lah keluarkan baju lama dari almari
pakai sajalah..
.
.
lokasi : office
masa : office hour
.
kat office ni ada lah sorang adik adik
(pernah bekerja di opis yang sama dengan aku sekejap 3, 4 tahun lepas)
kebetulan pula di opis baru ni, terserempak kembali
aku x kesah lah dia ni adik adik, itu pilihan dia
yang aku tak tahan tu bila dia keluarkan ayat keramat
di depan member member aku
.
.
"eh, andi! aku ingat lagi la baju ko ni!"
.
aku : "aih?"
.
"baju yang ko pakai ni, baju lama 4 tahun lepas kan? aku ingat lagi ko pakai masa kat opis lama!"
.
.
.
.
.
macam cilake (dalam hati saja)
.
hahahaha, MALU SIALLL...

Thursday, October 7, 2010

kisah sedih seorang sahabat

salam
.
.
semalam aku berjumpa seorang rakan lama
katanya ada sesuatu yang serius ingin dikatakan pada aku
setelah berborak selama setengah jam
barulah si rakan mula bercerita perihal kisah sedih nya
aku yang sedang makan
terdiam seketika
sudu dan garfu aku letakkan ke meja
aku sebak
aku tahan
aku terkedu
air mata mula mengalir
dan makin laju
dan terus laju
.
rakan ku mengidap sakit yang serius
dan punya jangka hayat pendek
mungkin akan meninggal dalam tempoh yang singkat
.
aku menangis dan menangis
.
dan malam nya di bilik tidur aku
aku tak dapat menahan perasaan lagi
aku menangis dan terus menangis
hati aku luluh
jiwa aku sayu
mata aku bergenang air hangat
.
aku tertidur
dan bila aku bangun pagi
aku harap kan ini semua mimpi
.
tapi realiti itu pahit
dan ini adalah kenyataan
.
dan mata aku bergenang lagi....

Friday, September 17, 2010

fakta si nakal andi - RAYA version

salam
.
.
okeh peminat peminat semua
aku tau korang suka column 'fakta si nakal andi' kan?
so aku dengan perasan bagusnya telah membuat
versi khas fakta aku khas untuk hari raya ni
.
seperti biasa, aku tak jamin ek kalau korang muntah hijau
read at your own risk, ok?
hahaha..
.
.
hangin dengan hasil tempahan baju melayu raya. pasal masa tempah aritu dah cakap siang siang, nak buat baju melayu versi moden. cutting mesti follow body. sudah nya bila try, besar kembang aja! tak follow bentuk badan langsung! erk, atau aku sudah kurus banyak? musykil laa!
.
.
sudah habis rm500 untuk duit raya budak budak. dan secara automatik, bulan ni kena ikat perut ya adik adik, gadis gadis manis semua... sila jangan request benda benda mengarut. ok?
.
.
terlampau ramai orang di rumah during raya, sampai aku tak sempat langsung nak bermesra dengan kucing kucing kesayangan ku. cuma sempat introduce ibu kucing dekat anak anak buah. bila dorang tanya, apa nama ibu kucing tu. jawapannya 'angelina jolie'. hahaha
.
.
perjalanan balik kampung yang paling relaks tahun ini, pasal langsung takde traffic jam. oh, indahnya hidup ini...
.
.
berjumpa dengan cousin yang dah lama tak jumpa, bertahun tahun dan dia dah berubah jadi sangat cantik dan sangat ayu dan sangat anggun, dan muka nya sebilik macam manohara - model indonesia yang kawin sama tengku kelantan tu. and she's smart too, bakal jadi doktor, baru balik study di india. sapa nak berkenalan ngan dia angkat tangan??
.
.
soalan tipikal di hari raya ialah, "baru habis study? bila nak kerja?". ish ish ish, berapa kali nak cakap ni, dah kerja lama dah!!! ni yang payah kalau umur 4oan tapi nampak rupa 20an ni. hahaha. ada unsur unsur self centered di situ..
.
.
hari hari telan nasi minyak. nasi dagang. nasi beriani. dan ulang ulang ulang sampai muak. rasa mengidam nak makan nasi putih ngan ikan masin jek. huhuhu..
.
.
ayat pertama yang diucapkan oleh akak aku yang baru balik dari kedah, dan dah lama tak jumpa, "aik, sekejap je kurus? dah gemuk balik dah?". adoi, menusuk betul la tahap kelazeran adik beradik aku ni!
.
.
apa pengalaman raya korang? citer la sikit, jangan kedekut ok!

Sunday, August 29, 2010

kisah 'dan semuanya pun bermula..'

salam
.
.
[aku dalam kemuncak good mood]
.
lagi dua tiga hari, genaplah satu bulan aku kerja di tempat baru
kalau di hitung
genaplah tiga buah firma sudah aku join sepanjang 5tahun setengah usia career aku
dan seperti biasa
setiap firma, ada rules tersendiri, environment tersendiri
dan tentunya ada design touch tersendiri
.
selama sebulan di sini
aku ditugaskan untuk co-handling project bersama officemate aku
mula mula, aku agak tak puas hati
maklumlah, di tempat lama aku memang handle project sorang sorang
dan co-handling memperlihatkan seolah olah aku tak reti buat keje
tapi, aku terima seadanya
invisible pun tak apa lah
walau aku tak dapat menyinar dan tak berada di bawah spotlight
orang kata, kalau kita kerja ngan ikhlas - it shows
.
dua hari lepas
masa aku tolong sorang senior designer
dia sudah realize kewujudan aku
dan tak tersangka sangka
dia sudah offer aku untuk handle project
(of coz team up with senior designer)
but hey, its a big opportunity
dan dia sudah promised untuk pujuk design director
untuk kasi projek itu sama aku
.
this is my chance to shine
korang semua kat luar doa doa kan kejayaan aku ok
aku nak usaha sungguh sungguh macam di office terdahulu
dan nak jadi everybody's favourite
.
its time for me to be the main actor
instead of jadi pembantu janitor!!
Lets do it!

Tuesday, August 24, 2010

kisah iftar cara 'elite style'

salam
.
.
petang semalam dapat sms dari rakan office lama
invitation untuk iftar a.k.a berbuka bersama sama
maklum saja, dah lama tak jumpa kawan kawan office lama
.
sms berbunyi :
.
"humprey, i dah buat reservation for iftar dekat puteri cafe dekat kl sentral"
from - blair warldorf
.
oh, lupa nak buat introduction
dulu di office lama setiap orang diberi nama samaran watak watak dalam siri gossip girls
si nakal andi = Dan Humprey
(walau aku sebenarnya prefer di panggil Rufus Humprey, ngeh ngeh ngeh)
dan seperti biasa lah, watak watak lain seperti nate, chuck, serena dan vanessa
.
memandang kan member2 aku ni suka bergaya dan memakai barang berjenama
pastinya iftar kali ni di buat di cafe yg elite dan classy
.
so petang tadi dengan tergesa gesa after office hour
terus aku naik lrt menuju ke kl sentral
sampai ke kl sentral, terus tanya ke kaunter pertanyaan
aik?
katanya takde cafe puteri di kl sentral
kalau ada pun dekat area monorel
.
terus aku bergegas ke sana
cari dan cari dan cari
dan..........
.
APA???????
ingatkan cafe classy untuk iftar elite style
khas di upper east side of kuala lumpur
rupa rupanya....
RESTORAN PUTERI yang setaraf KEDAI MAMAK TEPI JALAN saja
.
hahahaha, padan muka aku!
banyak berangan!!
.
.
.
p/s : walau takde decoration hebat, tapi makanan sedap.. :)

Tuesday, August 17, 2010

kisah nickname di office

salam
.
.
ini adalah dialog kisah benar yang berlaku di office petang tadi
aku pasti korang semua akan muntah hijau selepas membaca dialog ini
tapi, aku tetap akan menulisnya dengan jujur dan ikhlas
.
.
.
dan dialog ini terjadi antara tea lady di office baru dan si nakal andi
.
.
.
lokasi : depan lif
waktu : akhir waktu zohor
.
tea lady : "andi, mana mau pigi handsome boy???"
.
andi : [tersipu sipu malu]
.
.
.
tamat
.
hahahahaha....

Monday, July 26, 2010

kisah pencuri mimpi

salam
.
.
semalam aku tengok cerita lakonan leonardo di caprio
Titanic?
korang nih boleh jangan outdated sangat, boleh tak?
hahahah..
tentulah aku tonton filem terbaru leonardo dicaprio
dan di bantu oleh ken watanabe
dan juga pompuan yang berlakon cerita juno tu - serious aku xtau nama dia
dan korang nak tau apa reaksi aku sejurus selepas filem tu tamat?
"WOWWWW!!!"
dan, iya aku jerit kuat kuat
hahaha, sebab aku macam sudah sangat sangat kagum dengan jalan cerita ni
ah, cerita apa tu?
inilah INCEPTION!!
.
.
walau ramai yang merungut cakap cerita ni heavy
bagi aku, ini filem misteri yang terbaik pernah aku tonton
.
shuttle island?
yeah... best, tapi takleh lawan INCEPTION
the matrix?
yeah... best, tapi itu soo 90s takleh lawan INCEPTION
mami jarum?
yeah.... uwekkkk (sori, aku sudah termuntah)
.
.
ok, so kalau korang belum tengok
pergi tengok sekarang
buka minda luas luas
jangan tidur walau seminit - sebab kalau korang tak focus
korang akan lost dan tersesat ke dunia LIMBO
.
.
selamat menonton
dan sila kongsi ngan aku di sini lepas tonton tu ya!

Tuesday, July 20, 2010

kisah kasut

salam
.
.
lokasi : kampung
masa : 6.60 petang
.
hari ni macam terlewat sikit
biasa pukul 6.15 aku dah keluar untuk jogging
entah macamana harini sudah terbabas tertido
maklum sajalah, hujan dan berangin
tak lepaskan peluang lah untuk tido petang
.
dalam terkejar kejar tu
cepat cepat aku pakai stokin
dah setel
terus aku sambar kasut dan pakai
eh, dah ketat??
semalam ok lagi
tiba tiba ada rasa benda bergerak di hujung kaki
.
.
.
.
.
.
"ARRGGGHHHH, KATAK!!!"

Sunday, July 18, 2010

kisah angan-angan episod 1 : LCD TV

salam
.
.
sepanjang minggu ni
tugas aku setiap hari ialah berangan angan
memandangkan aku sedang bercuti panjang
dan akan start the new chapter soon
ok, sebenarnya aku takde keja lain nak di buat selain dari berangan angan
eh, tapi jangan judge aku
angan angan aku bukan angan angan kosong
ini versi dream-come-true punya..
.
.
so, memandangkan sekarang aku punya masa yang banyaaaaak
so aku dah survey siap siap dah furniture + ID + decoration bilik aku nanti
(well, aku kan designer - kalau bukan wat design,
apa lagi? takkan nak gi bawak kapalterbang pulak)
anyway, aku tak nak cerita banyak banyak pasal rumah
tapi aku nak cerita pasal bakal new-love aku ni
jeng jeng jeng
.
.
new LCD TV!!!!
.
.
dah lama sebenarnya aku jatuh cinta ngan LCD TV nih
dah dekat 6 bulan rasanya
mau tak nya, bila sorang demi sorang member member aku
angkut bawak balik LCD TV dengan sound system gempak giler babas
Imam muda pun boleh cair iman dia
.
.
so, setelah berfikir panjang dan berangan panjang
aku dah decide
berikut adalah kriteria new love aku :
- Sony @ Samsung LCD TV Flat Screen
- 42 inch
- Full HD (High Definition bak kata Messi dalam iklan bola tu lah)
- akan disertakan dengan bestfriend dia home theatre system (oh, belum decide brand apa)
.
.
dan alang alang dah nak beli Full HD TV
aku pun nak subscribe sekali Astro b.yond
(oh, dengan gigih sekali aku dah pi survey kat astro outlet tadi)
dan berikut adalah kriteria package yg aku nak langgan :
- astro family package
- astro mini packages (variety; Fox, Starworld, E!, Mtv, Animax dan Learning; discovery channel, nat geographic, discovery science, history, animal planet)
- movies package; HBO, Max, Star Movies
.
dan menurut brochure nih, Astro b.yond merangkumi :
- AXN + FOX + HBO + National Geographic + History
.
kira nya, selain dari 5 channel ni
channel lain lain akan sedikit kurang sharp
(sebab the technology of the remaining channels belum di upgrade ke HD)
pendek cerita, takleh la tengok astroria in HD
dan betapa gigihnya aku, siap pi test tengok
kat astro outlet tu
kalau kat TV plasma - camne effect HD tu
kalau kat LCD TV plak, camana effect dia
(hahaha, nampak sangat aku takde keja nak buat kan? kan?)
.
so, kesimpulan nya
aku agak puas hati lah dengan kualiti HD ni pada LCD TV
dan even channel yg belum HD tu
takde la teruk sangat kualiti nya dia LCD TV
.
so, sebaik saja aku back to KL
akan ku sambar secepat mungkin
hehehe
.
oh, dan memandangkan LCD TV ni bakal menetap di rumah aku nanti
sila hentikan angan angan korang nak berparti buih sakan kat umah aku
nanti buih kena kat LCD TV - pastu rosak!
so, korang sila pi mandi buih kat carwash terdekat ok?
hahaha..

Wednesday, July 14, 2010

kisah upper east side manhattan elite

salam
.
.
selepas berminggu minggu mencari cari tempat kerja yang menarik
dan tempat tinggal baru yang sesuai
akhirnya aku jumpa juga pilihan paling tepat
bakal kerja di the most prominent street in kuala lumpur
(yup, where all the yippie aka young executives duk bersosial)
dan bakal tinggal di one of the up and trendy condo di kuala lumpur
(well, kalau tak trendy pun, aku akan trendykan tempat tu)
hahaha
.
well, this is a new life of si nakal andi
welcome to the upper east side of manhattan elite
(alamak, dah tersasar jauh la pulak)
welcome to the upper east side of kuala lumpur elite
hahaha, memang macam haram
.
get ready all KL's socialite
here i come!!
.
.
.
.
p/s : ini la yang jadi bila duk bertapa lama sangat kat kampung..
.
oh lupa, kena ada ending :
x.o.x.o.

Monday, July 12, 2010

kisah duit duit duit

salam
.
.
okey asyik mengarut saja
apa kata, kali ni kita cakap pasal something yang serius
something yang logical
something yang amat diperlukan (or at least amat aku perlukan)
.
lets talk about MONEY a.k.a DUIT
.
.
so, ini list perbelanjaan aku sebulan
.
sewa rumah : 500
bill astro : 70
bill letrik / air : 50
bill hp : 200
bill internet : 100
ansuran kereta : 500
minyak : 200
toll : 50
parking : 300
gym : 150
insurance : 200
medical : 200
TOTAL : 2, 520
.
gila tak?
maksud aku, gila tak bila kena habiskan 2500 for only basic thing
belum tolak makan minum
belum tolak buku buku dan magazines (which aku boleh habis beratus ratus rm sebulan)
belum tolak makan duit keluar tengok wayang itu ini
belum tolak makan ngan gadis, gadis gadis dan gadis (the same gadis actually, ahaks..)
belum tolak baju zara, seluar topman, jam tangan diesel
.
so, tugas korang minggu ini ialah
sila nasihatkan aku
macamana aku nak buat saving?
nak simpan duit?
nak jadi manusia normal yang tak boros?
.
tolong suggest kat aku camna nak cut budget aku
yang aku rasa kalau tak control
sure sebulan boleh habis 5, 6 ribu
.
.
adakah aku shopaholic?
tolong!!!!!!!!

Thursday, July 8, 2010

kisah pick up line

salam
.
.
ok adik adik semua
aku tau korang semua ni payah nak dapat gf / bf
kenapa?
sebab korang tak expert dalam buat a good pick up line!
.
"abang, pick up line tu hape?"
ok, kalau tak tau pick up line tu hapa
no wonder korang masih single trang tang tang
sila google
.
.
so, kalau korang nak mengorat tu
tapi takdak idea, sila copy and paste idea2 seperti dibawah
.
.
"excuse me, i'm new here. can you give direction for me, how to reach your heart?"
.
"minta maaf cik, boleh pinjam telefon cik kejap? ini emergency! mak saya cakap, kalau saya dah jatuh cinta, telefon dia segera!"
.
"nombor i hilang lah, boleh i mintak nombor telefon u?
.
"is it hurt to fall from heaven?"
.
"i perasan yang u perasan yang i perhatikan u. u perasan tak?"
.
"hi! my name is Right..... Mr. Right"
.
"awak tak penat ke? sebab sepanjang hari awak duk berlegar legar dalam kepala saya.."
.
"hah, so sekarang saya dah muncul depan awak. so, apa lagi dua permintaan awak?"
.
"u tau tak apa yang paling best dalam hidup i? you..."
.
.
.
.
ok lah, kalau tak jalan jugak
kita ada plan B
ni last kopek punya
mesti berjaya punyalah!!
.
.
"hai! i cuma ada 3 bulan jer lagi untuk hidup...."
.
.
.
hahaha, selamat berjaya adik adik semua!!

Monday, June 21, 2010

kisah 'awak jaga dia baik baik ya'

salam
.
.
lokasi : kedai printing di bandaraya K
masa : jam 12 tengahari
situasi : sedang menunggu portfolio di print
.
.
sambil sambil menunggu tu
aku duduk lah di atas kerusi betul betul di depan kaunter
tiba tiba masuk dua orang jejaka
nampak macam lembut semacam aja
dan bila diorang berbual, ternyata memang agak lembut
dengan slanga slanga bahasa lembut diorang
.
budak berdua tu duduk bersebelahan dengan aku
setiap 10 saat, diorang akan memandang tajam dekat aku
kalau diorang ada superpower cyclop xmen
agaknya aku ni dah rentung jadi abu dah
lepas beberapa minit, salah seorang dari mereka cuba menegur aku
aku jawap sambil lewa saja lah
sedang tunggu printing bla bla bla
.
tunggu punya tunggu
portfolio aku masih belum siap di print
dan budak berdua sebelah aku tu agak nya sudah selesai
kecoh nak balik dah
tiba tiba salah seorang dari mereka pandang tepat pada aku
tangan nya menunjuk ke arah potret yang tergantung di sebelah aku
.
"awak! awak! saya dah nak pergi. awak jaga dia baik baik tauuu"
.
"erk!!!!"
.
.
dan sebaik saja mamat berdua tu hilang dari pandangan
datang si receptionist perempuan
.
"gatal betul gay berdua tu, dia nak mengorat abang tu. dari tadi tenung tenung kat abang"
"erk!!!" kuasa dua
.
.
siut ja, ada hati nak mengorat aku!
dia belum tau aku ni pakar dalam mengorat!
aku ni si nakal andi la
nakal tapi pemalu..
hehe..

Friday, May 28, 2010

fakta si nakal andi - random

salam
.
.
ah, dah lama aku tak buat entry self-centered dan syok sendiri
seronok juga kan tengok pembaca pembaca aku ni muntah hijau dan menyampah
lepas baca entry aku, hehehe
so... terimalah
.
ruangan terkini dalam blog si nakal andi!
fakta si nakal andi
.
.
amat sangat sangat sukakan kucing macam bercinta dengan kucing
boleh tido sama sama, bangun pagi sama sama, makan sama sama
cuma tak mandi sama sama je, tu pun sebab kucing aku pemalu sikit.. hehe..
.
.
masa kecik kecik dulu mata sangat bulat
dan selalu kena usik di sekolah sebab mata bulat macam komik
tapi taktau kenapa bila dah tua ni mata macam sudah sepet sikit
.
.
tak minum air bersusu waktu pagi nanti sakit perut kena MC dari kerja
hahaha, alasan baeekkk punya..
.
.
minat filem perang, minat filem seram, minat filem romantik
dan minat filem hindustan (arghhh, mati lah kena gelak!!)
.
.
tak boleh termakan atau tertelan lauk yang ada hati
gigit aja mesti nak termuntah.. pelik kan?
agaknya orang romantik memang tak makan hati kut? muahahaha...
.
.
sekarang sedang gila kumpul kemeja jenama H & M
ahahaha, kat malaysia takde - mana aku nak cari pasni...
.
.
masa muda muda dulu, bila makan di kedai makan
suka tenung perempuan di meja makan sebelah
saja nak bagi dia perasan... sekali boyfriend dia plak yang jeling aku daaaaa....
.
.
ok, next time sambung self center lagi k..

Saturday, May 22, 2010

kisah ceritera cinta andi dan.....

salam
.
.
buat i-phone yang ku sayang
andi minta maaf sebab andi tak jaga sayang baik baik
andi tak perasan yang sayang duduk dalam poket masa bbq semalam
sayang tau, masa sayang tido dalam poket andi tu
ada dua orang kawan andi sudah kena rasuk
dorang curahkan satu baldi air lemon dekat andi
.
kasihan sayang
mesti sayang lemas dalam poket andi
andi sudah lupakan sayang masa tu sebab andi pergi kejar
makhluk makhluk tak beradab tu keliling padang
andi terus terusan lupakan sayang
sampai berjam berjam
.
bila andi balik umah
baru andi sedar sayang dah dalam keadaan kritikal
andi cuba untuk selamatkan sayang
andi cium sayang
andi belai sayang
tapi andi rasa, sayang sudah tiada perasaan lagi masa tu
andi terpaksa jemurkan sayang bawah panas
ini untuk kebaikan sayang juga tau
.
iphone ku sayang
kembali lah pada andi
lepas ni andi janji jaga sayang baik baik
jangan tinggalkan andi lagi...
.

Thursday, May 20, 2010

kisah 'the power of chemistry'

salam
.
.
dah lama aku tak cerita pasal ragam di opis aku
sempena aku sudah mahu berhenti dari opis aku ni
biar aku cerita sikit pasal office-chemistry aku
.
dalam masa dua tahun aku kerja sini
aku sudah kerja dengan pelbagai jenis senior designer
ada jenis pemarah, ada jenis cool, ada jenis gila, dan ada yang berlagak gila
tapi dalam ramai ramai ni
ada seorang senior designer yang sangat ngam dengan aku
introducing........
Mr. B
.
macamana mahu gambarkan ya
beza umur agak berbeza - dia 34 dan aku (alamak, terpaksa dirahsiakan demi keselamatan)
bangsa dah tentu berbeza - dia chinese dan aku malay (oh malay campur sikit thai, hehe)
pendidikan pun jauh beza - dia belajar di australia dan aku study di malaysia
.
apa perasaan korang bila korang dapat tahu:
1. bila saja dia dapat tahu kontrak aku tidak di sambung, terus dia pergi masuk bilik boss mahu tanya kenapa dan kenapa.
.
2. semasa appraisal boss lain semua ambil masa 10 minit sahaja, tapi dia menghabiskan satu setengah jam untuk kasi nasihat dan berbual bual pasal masa depan.
.
3. bila dia bagitau staff lain yang hanya dua orang di opis yang dia suka work with, dan aku adalah salah seorang dari yang dua itu.
.
4. bila ada staff lain yang jumpa aku dan bagitau, "do you know that Mr. B said he will try his best to persuade you to stay. what did you do? i think he really like you.."
.
5. dan paling membuatkan aku terharu bila hari terakhir member aku di opis, bila sampai masa untuk bergambar beramai ramai, mr. B datang bergambar di sebelah aku sambil memegang bahu aku.
.
buat Mr. B
(walau aku tau dia tak mungkin baca blog ni sampai dia tua pun)
'rakan se ofis datang dan pergi
tapi kamu akan terus melekat aku ingat sampai bila bila'
.
inilah 'the power of chemistry'
moga kamu mendapat rahmat tuhan selalu
tak kira lah apa bangsa dan agama kamu
.
dan percaya atau tidak, aku sudah anggap kamu macam abang kandung aku!

Wednesday, May 12, 2010

kisah kiub ayam

salam
.
.
lokasi : supermarket S
masa : 8 malam
.
.
si nakal andi sedang mencari chicken cube
hah? korang tak tau chicken cube tu hape?
biar betul??? korang tak pernah masak ke?
alah, kiub ayam knorr atau maggi tu..
ok? dah tau dah?
.
nak dijadikan cerita
si nakal andi cari lah di merata ceruk supermarket tu
tak jumpa jugak.
cari dan cari lagi
masih tak jumpa.
tanya kat makcik yang lepak tepi peti sejuk tu
dia pun tak tahu.
akhirnya si nakal andi tanya pada pekerja pakistan
.
"excuse me, where can i find chicken cube?"
"oh, its over there... let me show the way!"
.
wah, nasib baik ada mamat pakistani nih yang prihatin
selang beberapa rak, dan dengan muka selamba dia tunjukkan tangan
"this is it..."
.
"Erk!!!!!!!!!!"
hangin satu badan bila nak cari CHICKEN CUBE
tapi si mamat ni bawak pergi CHICKEN / MEAT SECTION
.
boleh tak nak sumbat seekor ayam dalam mulut dia?

Tuesday, April 27, 2010

kisah seksi

salam
.
.
lokasi : lapangan terbang di eropah
masa : lebih kurang jam dua petang
.
.
sejak pagi lagi aku menahan air kecil
suasana sejuk pengakhiran winter
agaknya cuaca 14 darjah celcius di luar
setelah berjam jam tertahan tahan
disababkan sedikit masalah teknikal penerbangan
bila saja berpeluang
aku cepat cepat menuju ke tandas
.
.
tandas kosong - ok
masuk tandas - ok
kunci tandas - ok
buka seluar - ok
.
.
dan tak semena mena ada orang buka pintu cubicle tandas aku!!
dan rupanya kuncinya dah ROSAK dan terus terbuka
aku yang sedang berdiri mengadap pintu terkedu
terkejut, terkulat-kulat, terus pandang muka dia saja
dan dia pandang muka aku
"oh!!! sorry!! sorry!!"
dan menutup kembali pintu tandas aku
.
.
"erk!!!!!!"
.
.
(oh nasib baik baju kemeja aku labuh sampai ke peha
kalau tak, sure aku dah kena chop FLASHER!)
.
.
oh, seksi nya aku, kalah iklan emporio armani david beckham.. hahaha!

Saturday, February 27, 2010

kisah teka teki : di hujung jari

salam
.
ok, memandangkan aku sekarang sedang busy tahap gila
umpama seekor rusa dikejar dinasour
atau umpama seorang penagih dadah dikejar polis
so, aku tak dapat nak bercerita panjang lebar
.
apa pun, demi peminat semua (erk... peminat ke???)
aku mau kasi satu teka teki
biar korang semua terhibur
dan terubat rindu cinta dendam terhadap aku ni...
.
benda apakah yang berwarna putih
bersaiz tapak tangan
boleh access internet di hujung jari
boleh buka facebook, ym dan pelbagai aplikasi
boleh main musik etc
.
hah, jawab jawab kalau korang pandai!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
dan jawapannya ialah......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
IPHONE 3Gs terbaru aku dengan kapasiti 32G!!!
.
hahaha, seronok kan sekali sekala menunjuk nunjuk!
hahaha, lariiiii....

Saturday, January 16, 2010

kisah reunion yang mengerikan

salam
.
ini adalah kisah sambungan kepada kisah kisah terdahulu
(oh kepada pembaca baru, sila rujuk kepada kisah si nakal andi yang lampau
kisah ikan laga, ikan emas, ikan laut dan belut
dan
kisah 'am i a bad person'
haaa... baru lah korang boleh feel bila baca kisah kali ni..
.
.
.
ok, aku tau, korang semua pemalas
biar aku summarize kan saja
.
al kisah, opis aku besar
staff beratus ratus
dari duduk di open - plan office
tempat kebanyakan designer duduk
di mana aku selalu dibuli + dimarah + diherdik oleh dato Y
(edisi pengenalan : dato Y bukan lah dato pun!!! cuma perangai saja melebihi dato)
.
tapi entah macamana, boss aku
agaknya sudah kena minyak pengasih
pindahkan aku ke dalam bilik 'main designer'
so, walau aku tak berapa selesa
duduk sebilik dengan direktor
aku sangat sangat bersyukur terlepas dari azab
berhadapan dengan dato y
.
terkini:
dalam bilik main designer ada tiga buah bilik kecil
satu bilik boss
kedua bilik mini library
ketiga bilik discussion
semua designer duduk di meja di luar ketiga tiga bilik ni
entah dari mana bos dapat ilham
aku di arahkan pindah lagi sekali
bilik discussion tu di tukar jadi bilik designer
so, ada tiga orang dapat masuk bilik tu
aku, member aku dan....
DATO Y!!!!!!!!!
.
dan nampak nya
aku akan kembali ke 'neraka dunia'
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
bidadari
tolong lah selamatkan aku yang malang ini...