Friday, October 30, 2009

kisah 'am i a bad person'

salam
.............
dalam ofis aku ni
dulu sebelum masuk dalam bilik
aku bekerja dengan mr K dan mr Y
mr K berusia 38 tahun (kira macam senior designer)
mr Y berusia 33 tahun (senior dari aku lah)
dan sejak dari awal tahun ni
aku kerja sama projek dengan diorang
teruk aku dikerjakan
dibuli - disuruh itu - disuruh ini
ditengking - dimarah - diperli
pendek kata, aku lah pekerja paling teruk
paling tak guna, paling menyusahkan
.
tapi yang aku heran
tak guna aku pun - datang cari aku juga
menyusahkan pun - aku juga yang dikerah
dan paling menyakitkan hati aku
design design yang aku buat
dia yang ambik nama
pun masih aku sabar
.
selepas masuk bilik
aku sudah tak buat projek sama dengan 'dato' berdua ni
hampir siap - so aku tak fikir aku diperlukan lagi
aku sudah move on dengan projek projek baru, yang big boss kasi
tapi mengecewakan bila
si 'dato' berdua ni masih juga nak menengking aku
mencari masa sesuai andai aku silap
untuk menghentam aku
.
tolong! tolong lah!
aku rimas dengan politik bodoh ni
for God sake
'am i a bad person?'
teruk sangat kah aku sampai apa saja yang aku buat
menaikkan darah dua ekor ni..
dan paling aku heran
sebab setakat ni big boss aku tak pernah hentam aku
.

Sunday, October 25, 2009

kisah spicy

salam
.................
lokasi : shopping mall M
aktiviti : order makanan
mood : nak lempang orang
................
al kisahnya, aku sedang tunggu order aku siap
alah, order mee goreng chinese style aja
datang lah sorang mat dan sorang minah salleh
dan tanya pasai makanan makanan dalam menu
.
minah salleh : well what is this?
waiter : this is bla bla bla
minah salleh : and what about this? and this? and this?
waiter : itu... bla bla, dan bla bla, dan bla bla
minah salleh : is it spicy?
waiter : yes, it is spicy
minah salleh : is it spicy spicy spicy or just spicy?
waiter : .....er.....
minah salleh : how spicy is spicy?
.
dan saat tu jugak aku tak dapat tahan tangan aku dari menampar minah salleh tu!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
(maksud aku, tampar dalam imaginasi otak aku sahaja!)
.
kalau ko tak suka makan spicy, pergi la makan aiskrim!!
.
jangan nak buat peribahasa spicy plak kat sini!!
.

Wednesday, October 21, 2009

kisah bmw

salam
...................
apa perasaan korang
bila rakan baik korang
yang sama sama keluar makan
selalu bergurau melawak kat opis
.
ada rupa handsome dan ada gaya
.
ada bini cantik macam artis
.
ada kerjaya yang hebat di oversea
.
dan baru semalam, rakan tu sudah beli BMW!!!!
.
dan yang paling best, dia baru berusia 28tahun!
.................
korang tahu apa yang aku buat?
.
.
.
.
(pandang dia, pandang kereta besar dia sambil berkata)
.
"aku rasa ko nampak macam budak sekolah pandu kereta bapak ko lah!"
.
nampak sangat aku dengki kan??? hahahaha
.

Monday, October 19, 2009

kisah ikan laga, ikan emas, ikan laut, dan belut

salam
..................
lupa nak bagitau dekat peminat peminat semua
(ah, sejak bila pulak pembaca dah tukar jadi peminat ni?)
ok.. aku kaki perasan
dekat opis, aku sudah upgrade masuk ke dalam bilik kaca
bilik kaca ni kira bilik main designer
dalam ramai ramai designer
hanya sepuluh orang yang dipilih
kira ok lah dapat top ten kan?
aku masuk bersama seorang lagi member
.
tadi masa mahu balik dari ofis
terdengar perbualan staff lain dengan member aku
.
mr A mengusik, "ah, ko sudah masuk bilik kaca ya? bilik kaca tu bilik aquarium. ikan dalam tu, semua ikan untuk perhiasan. Ikan emas..."
.
member aku jawab, "alah, yang lain tu semua ikan emas, kami ni ikan liar, walau duk dalam aquarium, kami ikan laga!"
.
"tapi rindu nak duduk kat lautan sana (department asal), sana boleh bebas berenang, tak kena kurung!"
.
lalu jawap si mr A
"ikan emas ke, ikan laga ke, lebih baik dari aku, aku ni belut saja, kena marah, kena maki, kena tikam, duduk nun, bukan aquarium, bukan laut, tapi dalam lumpur!"
.
hahaha, buruk pulak lelaki merajuk ni ya!

Saturday, October 17, 2009

kisah botol hijau

salam
...............
beberapa hari yang lepas, aku ikut member pergi karaoke
semua sekali 6 orang
dan kesemuanya lelaki
alah, kira macam boys nite out la
(erk, ada ke term tu ah? girls nite out ada kut)
aku bukan pandai sangat karaoke
suara pun sedap sikit ja dari katak puru
katak puru kalau dengar pun
sure dia tegur aku, pitching lari
tapi sebab member2 aku sudah ajak
aku join sajalah
................
sedang menunggu juice
tiba tiba waiter letak tiga botol hijau atas meja
bertulis HEINEKEN
aku pandang member aku
member aku pandang aku
sejak bila plak kitorang order minuman yang haram ni?
baru je nak cakap kat waiter
dia salah bilik
tiba tiba salah sorang dari member melayu aku bersuara
"eh, itu aku punya..."
................
what the fishhhhhhhhh!!!!!!!

Friday, October 9, 2009

kisah macam macam

salam
.................
apa kabar semua
wow!! life is so beautiful
sepanjang bercuti 2 minggu ni
macam macam terjadi
sampai aku dah tak tau nak cerita apa
banyak sangat!
semuanya drama drama drama
adakah sebenarnya aku sedang berlakon cerekarama di tv3?
................
erk, nak tulis cerita mana satu ya?
ada cadangan?