Friday, September 17, 2010

fakta si nakal andi - RAYA version

salam
.
.
okeh peminat peminat semua
aku tau korang suka column 'fakta si nakal andi' kan?
so aku dengan perasan bagusnya telah membuat
versi khas fakta aku khas untuk hari raya ni
.
seperti biasa, aku tak jamin ek kalau korang muntah hijau
read at your own risk, ok?
hahaha..
.
.
hangin dengan hasil tempahan baju melayu raya. pasal masa tempah aritu dah cakap siang siang, nak buat baju melayu versi moden. cutting mesti follow body. sudah nya bila try, besar kembang aja! tak follow bentuk badan langsung! erk, atau aku sudah kurus banyak? musykil laa!
.
.
sudah habis rm500 untuk duit raya budak budak. dan secara automatik, bulan ni kena ikat perut ya adik adik, gadis gadis manis semua... sila jangan request benda benda mengarut. ok?
.
.
terlampau ramai orang di rumah during raya, sampai aku tak sempat langsung nak bermesra dengan kucing kucing kesayangan ku. cuma sempat introduce ibu kucing dekat anak anak buah. bila dorang tanya, apa nama ibu kucing tu. jawapannya 'angelina jolie'. hahaha
.
.
perjalanan balik kampung yang paling relaks tahun ini, pasal langsung takde traffic jam. oh, indahnya hidup ini...
.
.
berjumpa dengan cousin yang dah lama tak jumpa, bertahun tahun dan dia dah berubah jadi sangat cantik dan sangat ayu dan sangat anggun, dan muka nya sebilik macam manohara - model indonesia yang kawin sama tengku kelantan tu. and she's smart too, bakal jadi doktor, baru balik study di india. sapa nak berkenalan ngan dia angkat tangan??
.
.
soalan tipikal di hari raya ialah, "baru habis study? bila nak kerja?". ish ish ish, berapa kali nak cakap ni, dah kerja lama dah!!! ni yang payah kalau umur 4oan tapi nampak rupa 20an ni. hahaha. ada unsur unsur self centered di situ..
.
.
hari hari telan nasi minyak. nasi dagang. nasi beriani. dan ulang ulang ulang sampai muak. rasa mengidam nak makan nasi putih ngan ikan masin jek. huhuhu..
.
.
ayat pertama yang diucapkan oleh akak aku yang baru balik dari kedah, dan dah lama tak jumpa, "aik, sekejap je kurus? dah gemuk balik dah?". adoi, menusuk betul la tahap kelazeran adik beradik aku ni!
.
.
apa pengalaman raya korang? citer la sikit, jangan kedekut ok!

1 comment:

  1. kalau salam raya cium tangan ko,agak2 dapat duit raya tak? hahahaa

    ReplyDelete