Monday, February 16, 2009

kisah mata bengkak bukan sebab menangis

salam
dua hari lepas mata aku bengkak
kena ketumbit (er atau orang panggil ketimbit, entahlah)
kamu tau apa itu ketumbit?
ketumbit ialah bila mata kamu bengkak sebelah
dan kelihatan mirip mirip alien
itulah rupa aku dua hari lalu
...................................
sehari yang lepas
aku masuk ke ofis
reaksi dari teman teman
"what happenned to your eyes?"
"you look terrible!"
"ko intai siapa ni?"
"Your eyes!!!!"
"ko skodeng sapa berak ni?"
"you look ugly"
ya.. mereka semua tak senonoh
geram dengan tuduhan tuduhan melampau tu
aku jawab saja dengan muka kool
"semalam kan valentine's day, muka aku kena tumbuk, aku try mengorat gf orang!"
hahaha, puas hati aku
.............................
dalam banyak banyak komen
ada satu yang luar biasa
"eh, ko nampak comel!"
erk. ini puji atau perli?
atau rupa aku dah serupa ET?

10 comments:

  1. mata aku juga bengkak. tapi sebab tak cukup tido!

    ReplyDelete
  2. eh andi!!comelnya kamu!!!kalo mata x bengkak lagi comel!!hahaha

    ReplyDelete
  3. saya percaya pd yg luar biasa tu..
    smbil mmbayangkan rupa seseorg yg matanya sepet sebelah bagaikn memberikan kenyitan nakal hahahaha comel la sangat~!

    ReplyDelete
  4. lelaki kena ketumbit konon-konon mengintai..
    kalau perempuan kena ketumbit konon-konon apa ya?

    Terkenang kes ketumbit tak berapa nak jadi beberapa bulan yang lepas..hoho..

    ReplyDelete
  5. sapa yang kata ko skodeng orang berak tu? mulut puaka tol!!!

    ReplyDelete
  6. addyholix : mata bengkak lebam? kool. kira gothic la, xpayah pakai eyeliner.

    lifesaver : oh, memang comel! sekali kamu nampak lebam saya, sudah tentu kamu lari 400m berganti ganti.

    MsQuerida : orang kata, kalau muka kita buruk macam periuk belanga sekalipun, kalau orang masih kata kita comel, makna nya dia suka kita. kamu suka saya ya?

    yied : kalau perempuan? kena intai kut..
    bulan lepas kena ketumbit? sure kamu comel macam kenyit mata nakal!

    azman : mulut puaka? amboi amboi amboi (sambil pegang kipas)

    ReplyDelete
  7. e tk boleh lama2 kt sini...jgkit!

    ReplyDelete
  8. perlu ker saya suka kamu?
    tapi saya mmg suka semua org lol~!

    ReplyDelete
  9. ab geldofg : alah, apa kamu takut sangat ni, jom kopi secawan dulu! cap kapal api ok..

    MsQuerida : (muka saya blushing malu malu....)

    ReplyDelete