Thursday, May 20, 2010

kisah 'the power of chemistry'

salam
.
.
dah lama aku tak cerita pasal ragam di opis aku
sempena aku sudah mahu berhenti dari opis aku ni
biar aku cerita sikit pasal office-chemistry aku
.
dalam masa dua tahun aku kerja sini
aku sudah kerja dengan pelbagai jenis senior designer
ada jenis pemarah, ada jenis cool, ada jenis gila, dan ada yang berlagak gila
tapi dalam ramai ramai ni
ada seorang senior designer yang sangat ngam dengan aku
introducing........
Mr. B
.
macamana mahu gambarkan ya
beza umur agak berbeza - dia 34 dan aku (alamak, terpaksa dirahsiakan demi keselamatan)
bangsa dah tentu berbeza - dia chinese dan aku malay (oh malay campur sikit thai, hehe)
pendidikan pun jauh beza - dia belajar di australia dan aku study di malaysia
.
apa perasaan korang bila korang dapat tahu:
1. bila saja dia dapat tahu kontrak aku tidak di sambung, terus dia pergi masuk bilik boss mahu tanya kenapa dan kenapa.
.
2. semasa appraisal boss lain semua ambil masa 10 minit sahaja, tapi dia menghabiskan satu setengah jam untuk kasi nasihat dan berbual bual pasal masa depan.
.
3. bila dia bagitau staff lain yang hanya dua orang di opis yang dia suka work with, dan aku adalah salah seorang dari yang dua itu.
.
4. bila ada staff lain yang jumpa aku dan bagitau, "do you know that Mr. B said he will try his best to persuade you to stay. what did you do? i think he really like you.."
.
5. dan paling membuatkan aku terharu bila hari terakhir member aku di opis, bila sampai masa untuk bergambar beramai ramai, mr. B datang bergambar di sebelah aku sambil memegang bahu aku.
.
buat Mr. B
(walau aku tau dia tak mungkin baca blog ni sampai dia tua pun)
'rakan se ofis datang dan pergi
tapi kamu akan terus melekat aku ingat sampai bila bila'
.
inilah 'the power of chemistry'
moga kamu mendapat rahmat tuhan selalu
tak kira lah apa bangsa dan agama kamu
.
dan percaya atau tidak, aku sudah anggap kamu macam abang kandung aku!

4 comments:

  1. dan aku sebagai adik kandung kamu kan??

    ReplyDelete
  2. cepat blk!
    then bukak gerai burger top ;)

    ReplyDelete
  3. iyli : err.... itu kena isi borang dulu, ada sesi interbiu dulu, sesi elimination dulu, kena tanya para pengundi dulu, lepas dah setel semua, baru kita cerita ya.. hahaha..

    faryn : tak lari burger di kejar.. hahaha

    ReplyDelete