Tuesday, March 17, 2009

kisah aku rindu

salam
minggu ni aku betul betul tertekan di ofis
dengan waktu kerja yang panjang
submission date yang menekan dan membunuh dalam senyap
politik ofis
dan juga drama tuduh menuduh,
tuding menuding jari antara satu sama lain
bila saja hasil kerja tidak memuaskan
aku penat
bila aku penat dan tertekan
aku akan teringatkan kampung halaman
aku rindu, aku sangat rindu
.....................
aku rindukan rakan rakan metrosexual ku
(atau mungkin yang perasan-metrosexual)
mereka ini sangat menyenangkan
punya kerjaya tetap yang membanggakan
setiap hujung minggu punya agenda outing yang menyeronokkan
ke mana mana pasti bergaya dengan pakaian berjenama
lepak lepak di hartamas atau starbuck
tonton wayang dan shopping ke tengah malam
aku rindu kamu!
....................
aku rindukan kawan kawan bekas seofis ku
yang mana selalu kami beriya iya bekerja di ofis
kadang kadang stayback sampai lewat malam
yang pasti, kami sudah macam adik beradik
pasti minum bersama sama lepas kerja
kekadang main futsal sama sama
(walau aku sangat dahsyat - kaki bangku - dipaksa main)
tiap bulan pasti ada outing sambutan harijadi
atau ke pavillion makan di foodcourt
atau ke redbox me-sumbang-kan lagu
aku rindu kamu!
......................
aku rindukan teman teman ym ku
juga bloggers bloggers semua
bila saja sekarang aku balik dari ofis
mereka pasti sudah tido - jarang jarang aku dapat bertemu di alam maya
aku sudah tidak dapat bercerita itu dan ini
sudah tiada masa untuk membaca itu dan ini
coretan anda semua - sering buat aku tertawa
aku rindu kamu!
......................
aku rindukan orang orang tersayang
di kampung halaman dan di kuala lumpur
aku sudah jarang jarang menelefon
juga ber sms - tambahan pula telefon ku sudah rosak
pasti mereka sangka kan aku sudah jadi sombong
dan lupa diri
aku rindukan kamu!
......................
apa boleh buat
peluk bantal sajalah nampak nya..

10 comments:

  1. yang kau perlu cuma tidak lupa.
    mudah kan!

    ReplyDelete
  2. addyholix : tidak lupa itu mudah, tapi nak hilangkan rindu tu, payah betul..

    lifesaver : iya. aku rindu jugak. maklumlah - makhluk yang dah pupus..

    ReplyDelete
  3. miss zaza : rindu rinduan takpa, jangan kamu nyanyi lagi 'rindu serindu rindunya' nyanyian kumpulan spoon cukuplah.. aku geli..

    ReplyDelete
  4. rindu? aku rindu juga sama kamu...hehehehehe

    ReplyDelete
  5. sabar ye andi..
    diduga dek tekanan kerja,kemudian rindu pada famili dan teman..mungkin kamu perlu ambil cuti dan berehat sebentar..biar keadaan reda dulu, baru mood kamu akan pulih kembali..

    betul ke kamu geli dengar lagu spoon..entah2, lagu pilihan kamu di Red box tak? hihi..

    ReplyDelete
  6. bila dah jauh dari mata, baru kau hargai baik buruk masa di tempat lama dulu.

    wellcum to the school, fren

    ReplyDelete
  7. zahidah : kamu pasti rindukan aku? atau rindukan zac efron? zac efron takde kat sini - dah balik us

    yied : terima kasih. keje aku ni payah nak dapat cuti. nanti lah, kalau aku dapat cuti - cepat cepat aku pulang ke kampung!

    lagu spoon di redbox? macamana kamu tahu lagu tu ada dalam seleksi lagu? kantoi! lalalala...

    azman : hahaha, ko memang memahami aku kan! dulu asyik saja bergaduh dengan kawan kawan metro. tapi itu gaduh main main sahaja. saja nak menguji..

    ReplyDelete