Friday, April 24, 2009

kisah gadis gosip

kisah gossip girl ni sebenarnya di buat berdasarkan novel yang sedap-laris
(ok aku translate saja ke bahasa melayu perkataan best-selling, hahaha)
cerita ni berkaitan dengan dunia blog juga - pasal tu aku suka
konsep dia tu agak lain dari kisah kisah remaja lain
dan agak daring juga
(perhatian kepada yg bawah umur tu,
jangan lah berangan angan nak tengok cerita ni, pergi habiskan study dulu!)
bagi aku, filem ni macam kombinasi
sex and the city + The OC + Desperate Housewife
haa.. korang mesti dapat bayangkan, betul?
bayangkan segala skandal, gosip, drama, tumbuk menumbuk, flirt dan segala macam lagi yang dalam filem sex and the city
tapi dalam versi remaja - budak budak sekolah
(sekali lagi, cerita ni tak sesuai untuk para pelajar sekolah ya, harap maklum!)
..................................
kisah nya sekitar New York City's Upper East Side
kawasan orang orang kaya dan perihal sekolah elite anak anak orang kaya ni
unlimited creadit card, unlimited cash, limousine, posh cars, grand bungalow
hah, semuanya yang hebat hebat lah
berkenaan 6 watak utama:
Serena Van Der Woodsen - si playgirl badgirl yang dah insaf dan kembali ke pangkal jalan, dan iya, dia sangat hot okay!
Blair waldorf - si goodgirl secara luaran tapi sebenarnya agak nakal dan sangat licik - lakonan dan wajahnya sebijik macam fazura dalam gol dan gincu - gedik tapi comel
Dan Humprey - si loser yang takde ramai kawan, lonely guy yang takde girlfriend, dan dari keluarga miskin - terjebak untuk bercinta dengan IT Girl, Serena. wah, aku suka watak ini! sama perangai nerd macam aku, hahaha..
Nate Archibald - Goodboy gone badboy. watak dia membayang kan anak orang kaya yang well behaved - gentleman - tapi di sebaliknya sangat nakal dan troublesome.
Chuck Bass - inilah badboy sebenar dalam siri ini - dan juga maniac. sangat licik dan hanya mahu cari perempuan saja. macho tapi bahaya. sure ramai perempuan suka kan?
Jenny Humprey - adik kepada Dan. sangat naive dan selalu dibuli. tapi jangan pandang rendah, Jenny macam ulat beluncas, menunggu masa untuk menjadi butterfly! (wah, ayat aku memang macam haram!)
paling aku suka, sebab siri ni betul betul mengingatkan aku zaman zaman sekolah dan belajar dulu
dan setiap orang ada nama panggilan tersendiri
Serina (S)
Blair (B atau Bee)
Dan (Lonely boy)
Nate (N)
Chuck (mother-chucker) teruk gila ni..!
Jenny (Little J)
dan semua watak watak dalam siri ini
linked by a famous teenage blog - Gossip Girls Blog
yang akan cerita kan semua drama dan aksi
dalam secret blog ni - dan semua orang tahu rahsia rahsia itu
..........................
menarik bukan?
..........................
kalau aku salah satu dari watak di atas
tentulan aku ialah Andi (naughty boy)
setuju?
......................

9 comments:

  1. aku pernah la ikut beberapa siri Gossip Girl dulu, jadi ni ulasan aku..aku suka tengok muka badboy si Chuck ni, kalau perangai dah tentu la si Dan..tapikan, apa nama watak ex si Blair tu? (dah lupa) -- dia ni pun aku suka tengok jugak..
    (penyakit gatal aku dah menyerang..)

    Kalau ko ada dalam Gossip Girl, pasti aku suka dgn ko plak..hihi..

    ReplyDelete
  2. yied : hahaha.. aku tau, mesti ko ni peminat jejaka jejaka kacak kan? mesti cair saja kat depan tv tu menengok chuck bass atau nate

    watak aku dalam gossip girl ada! watak driver saja.. haha

    ReplyDelete
  3. awat hang tetiba taksub dgn GG nih?

    ReplyDelete
  4. azman : mau aku tak taksub. aku keje hari hari balik lambat. pi opis nengok muka sama. balik opis nengok muka sama. tv dah dekat berbulan bulan x tengok. paper cuma baca kat internet. kiri kanan cuma ada pakistan dan pinoy.

    kasi la peluang aku taksub pada serena tu...

    ReplyDelete
  5. aku x setuju kalo ko jadi slh 1 watak cter ni...sbb ko x hensem!haha

    ReplyDelete
  6. lifesaver : hahahahahahaahahah.... hampeh betol! org kata, dont judge a book by its cover. dont judge a guy by its blog! mungkin aku ni kiut! siapa tau..

    hah, masa tu ko gigit jari sajalah.. hahaha

    ReplyDelete
  7. disini aku konfomkan, c andi memang TAK kiut. d n.

    ReplyDelete
  8. azman : hahahaha, memang tak kiut, tapi sangat sangat sangat MACHO! makcik kantik pun bleh tergoda tau!

    joe : hahaha, bukan movie lah bro... itu drama siri.. kamu xpernah dengar? kamu ni baru turun dari bulan ke?

    ReplyDelete