Wednesday, September 9, 2009

kisah mimpi ngeri 2

salam
..............
dua hari lepas
aku sangat penat dengan tugas di ofis
iyelah, kena turun padang di bulan puasa
dahaganya tuhan saja yang tau
balik dari kerja - berbuka - solat
dan aku terus tertido seawal jam 8 malam
sedar sedar sudah jam 12 tengah malam
dan aku tak dapat tidur sampai lah ke jam 4 pagi
minum air sekejap (sahur ala orang bujang - minum air aja)
dan sedia untuk lelapkan mata
.............
beberapa minit kemudian
aku tak tahu samada aku sudah tidur atau belum
(macam di antara sedar dan tidak sedar)
aku rasa macam aku kena tindih dek sesuatu
(ok, seumur hidup aku, aku tak pernah kena tindih dek hantu atau jin
atau apa apa sajalah, dan aku memang tak percaya)
tapi yang ini memang real betul
beberapa minit aku cuba untuk tolak
akhirnya berjaya, dan aku macam tersentak dari tidur
terus tercari cari siapa
tapi tiada sesiapa
..............
aku tidur kali kedua
(sebenarnya bukan tidur, lebih kepada mengelamun)
tapi sedar sedar kali ini
aku macam kena kunci
aku tak boleh bergerak dan tak boleh bercakap
tapi aku nampak sekeliling
(dan seumur hidup aku, ini kali pertama aku kena
serius aku keliru, ini mimpi atau realiti)
dan lebih menyeramkan
bila dalam aku kena kunci
aku nampak sekilas macam ada seseorang menyelongkar meja sebelah katil aku
aku mahu jerit, tapi suara aku tak keluar
aku mahu bangun, tapi badan aku macam terkunci
dalam hati aku aku jerit "Allahuakbar, Allahuakbar"
tapi dekat mulut aku yang keluar hanya "Hmmmm.... Hmmmm..."
dan dalam sekelip mata, bayangan lembaga yang aku lihat tu
macam sedar aku nampak dia, dan sejurus tu dia menghilang
dan aku tersentak dari tidur, dalam keadaan yang cukup keliru
terus pandang ke arah pintu
dan pintu bilik aku sedikit terbuka
(walhal, aku memang tutup pintu setiap kali tidur)
dan kalau pun ini adalah mimpi
tak pernah aku mimpi se'real' ini
dan terus aja aku check wallet aku
nasib baik duit aku masih ada
aku bangun dan terus kunci pintu
...............
kamu mungkin rasa aku mengarut
atau berimaginasi terlampau tinggi
tapi jauh di hati aku
aku rasa, aku kena pukau @ kena kunci
dek housemate aku yang tangan panjang itu
bayangan lembaga yang menyelongkar itu
memang nampak seperti dia
(dan sampai sekarang aku masih tak pasti samada aku mimpi atau benda ini adalah benar)
dan sejak dari malam itu
setiap kali tidur, aku mesti kunci pintu bilik
kutuk lah kamu mahu kata si nakal andi tidak macho
tapi hati kecil aku macam syak memang aku kena pukau malam tu
...............
kamu di luar ada pengalaman kena pukau?
apa kata kongsi sikit..

7 comments:

  1. aku xdak pengalaman kena pukau or kena tindih2 ni, tp just nk bg pendapat.. kalu yg tindih ko 2, syaitan, aku rasa x kot..bulan ramadan kan syaitan semua dirantai..kalu manusia, aku xberani nk ckp la, xnak bersangka buruk d bulan puasa ni, its in ur hand.

    ReplyDelete
  2. uiks!menyeramkan tu...aku tak penah lagi..kalo tak nak kena lagi..pakai pakaian secara terbalik...

    ReplyDelete
  3. zaman belajar dulu selalu kena..elakkan tidur telentang:)

    ReplyDelete
  4. duit ada ke? dia tak kebas.

    mungkin mimpi kut. mungkin juga dia ada ilmu pukau.. wallahualam.

    takpe. yg penting kunci pintu. bukan kata housemate, kalau penyangak pecah rumah ke tak ke naya. beringat sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  5. Scary movie betul. Rasa mcm nmpk org minyak la pulak.

    ReplyDelete
  6. boon : iya, bebulan puasa ni aku pun nak bersangka baik juga... hinggalah tadi petang aku baru sedar, gold coin aku hilang.. memang macam haram!

    lifesaver : kenapa pakai terbalik? explain sikit..

    lea : iye? aku x pernah kena, sehingga lah haritu. first time. konfius betul

    belle : dah terlambat. duit memang ada lagi. tapi aku punya goldcoin sudah kena kebas. tapi aku xde bukti nak tuduh.. keji betul.

    ReplyDelete