Wednesday, August 10, 2011

Kisah aku dicium

Salam
.
.
Tadi lepas berbuka
Aku terus singgah ke masjid berdekatan rumah aku
Dekat kawasan perumahan elit zaman 90an dulu
Singgah untuk solat maghrib dan isyak
Dah alang alang tu terus ajalah solat tarawih sekali
.
.
Masjid ini kecil saja
Lokasinya bersebelahan dengan sekolah agama
Jadi di masjid tu ramai jugaklah
Ahli ahli masjid yang muda muda
Bahkan si bilal nya pun aku rasa masih budak sekolah
.
.
Selepas solat isyak tu
Selepas doa di bacakan
Aku pun bersalam lah dengan budak disebelah kiri aku
Agaknya darjah lima atau enam
Rendah sedikit dari aku
Semasa salam, dia cium tangan aku
Aik???
Kemudian aku bersalam dengan remaja di sebelah kanan aku
Agaknya dah sekolah menengah
Tingginya pun sama dengan aku
Semasa salam, dia pun cium tangan aku!!
Arghhhh!!
.
.
Adakah aku dah TUA????
.
.
P/s : terpaksalah aku ubah tagline aku
Bukan lagi 'si nakal andi'
Tapi jadi 'si nakal daddy'
.
Hahahaha

6 comments:

  1. hahaha...
    tapi agak2nya budak2 sekolah agama tu kut?
    akhlak anak2 adalah cermin kejayaan pendidikan ibu bapa & guru.

    ReplyDelete
  2. sempena bulan puasa nih, memang elok muhasabah diri, supaya sedar ttg realiti.
    terima kasih kepada budak2 tu

    ReplyDelete
  3. Astaga.Baru sedar ke dah tua? haha..

    ReplyDelete
  4. dah wajib kawen>?

    wakakakaakaka

    ReplyDelete
  5. Saya rasa 'si nakal tokki' lagi sesuai..hiks

    salam kenal :)

    ReplyDelete
  6. AHP : itulah, sejuk hati tengok budak budak sekolah agama ni.. Teringat zaman zaman skolah dulu.. Hehe

    Azman : hahaha, hoi.. Aku dah lama sedar laaaa... Sedar yang aku ni macho.. Haha

    Stingray : tua tua kelapa, makin tua, makin menjadi jadi hensemnya.. :p

    VFN : dah wajib dapat anak banyak banyak! Haha

    Sutera suci : hahaha, tokki yang HOT! Hehe.. Salam kenal..

    ReplyDelete