Tuesday, December 15, 2009

kisah marathon 3 : cara untuk membisukan seorang yang peramah

salam
................
lokasi : kedai cenderamata
waktu : dalam jam 12 tengahari (tapi still sejuk....)
watak : andi, ed dan pakcik pemilik kedai berusia 50an
.
kami mahu cepat
terlampau singkatnya masa, terlampau banyaknya barang nak di shopping
dan terlampau sexy nya aku ketika tu (ok, aku tipu, aku tak seksi masa tu)
.
sedang aku dan ed sibuk memilih milih barang
tiba tiba si pemilik kedai datang buat ramah
ok lah tu, kami layan saja
tapi ada beberapa isu yang agak sensitif
malas lah juga mahu jawab
so, otak aku yang kreatif nakal ni cepat saja memikirkan idea bernas
.
pakcik tua : what are you looking for?
ed : i dont know.. keychain maybe.. or bookmark..
pakcik tua : is it for you? or for somebody else
ed : foe someone else
pakcik tua : is it for your girlfriend?
ed : er...
(ok, sebenarnya si ed baru aja clash dengan girlfriend nya dan tak berapa nak layan soalan ni)
pakcik tua : where is your girlfriend?
you can buy this for your girlfriend
bla..bla..bla..
....
....
andi : uncle, he dont have any girlfriend, he is GAY
.
.
.
.
erk!
.
.
.
pakcik tua terdiam
.
dan pakcik tua tu tiba tiba buat buat tak dengar dan konon konon mengemas barang!
.
.
.
.
.
korang cubalah taktik ni, pasti BERJAYA!

Thursday, December 10, 2009

kisah marathon 2 : holiday

salam
...............
negara pertama yang kami lawati sebelum ke negara jajahan kristian dan islam
ialah negara antara tamaddun terawal dunia
cuaca winter yang sejuk bak salju
perghhh, memang syahdu
.
alkisahnya, aku teman kan member member aku untuk singgah ke hard rock cafe
cuma clubbing dan minum arak sikit sikit aja
(ok, aku melawak saja - korang nak aku kena bakar dalam neraka ke
minum minum arak ni?)
pergi sana cuma sebab nak beli baju tshirt hard rock cafe saja
disebabkan sangat lama menunggu aku dan dua orang member menunggu di luar
.
tiba tiba datang seorang mat salleh
agaknya dia sudah mabuk sedikit
datang mintak sebatang rokok
dan mula bertegur sapa
mamat ni walaupun mat salleh, tetapi cuma tahu bercakap
sepatah dua patah di dalam bahasa inggeris
selain nya dia hentam saja cakap bahasa dia
dan kami hentam saja cakap bahasa inggeris
walau masing masing tak faham
.
mat salleh : are you 'holiday'?
kami : yes. we are on holiday here. gonna be here for 3 days and 4 other days in the other country.
mat salleh : so, you 'holiday'???
(sambil menunjuk kepada topi unik yang member aku pakai)
kami : yes we are.
mat salleh : my brother is 'holiday' too..
(sambil membuat gaya dengan tangan dan kaki)
kami : aik, lain macam aja mat salleh ni... (sambil memerhati)
.
.
.
.
.
.
hantu punya mat salleh!!!
'holiday' yang dia maksudkan ialah CLOWN
(gaya tangan dan kaki dia buat seolah olah gaya puppet clown)
mati mati dia ingat kami ni clown performer yang buat persembahan di kelab atau tepi tepi jalan
.
macam HARAM!

Monday, December 7, 2009

kisah marathon 1 : pemain bola yang kacak

salam
...............
lokasi : cafe masakan ikan
negara : negara jajahan islam dan kristian
waktu : makan malam
.
kami berenam memang sudah kelaparan
singgah di kafe yang nampak menarik ni
semua cuba nak rasa masakan ikan yang nampak sedap
(oh dan memang sedap sekali)
kami di layan oleh seorang waiter
peramah - tapi memang tak fasih berbahasa inggeris
hanya faham satu dua patah perkataan saja
memandangkan dia sangat bersungguh sungguh melayan
kami semua cuba untuk beramah mesra juga
.
member aku memulakan bicara
"we know some people in your country"
"who?" balas si waiter
"xxxxxx" ok, aku sebenarnya dah lupa nama yang di sebut
si waiter tersenyum dan mengangguk angguk
"yes, yes"
nama yang disebut tadi ialah nama pemain bolasepak yang berasal dari negara yg kami pergi ni
dan member aku menyebut lagi nama beberapa pemain bola sepak
dari kelab bola negara itu
si waiter semakin girang
dan menyebut satu nama pemain bola
"do you know him?"
kawan kawan aku mengangguk2 tanda kenal
si waiter menyambung
"the player is very handsome, very handsome"
kekawan aku mengiyakan
"yes, he is goodlooking"
dan tiba tiba si waiter menjawab
"very handsome, just like him"
tiba tiba menunjuk ke arah aku!
.
dan selama sepuluh saat semua orang terdiam
.
(encik waiter, aku rasa kamu kena buat pembedahan kornea!
mata kamu sudah peringkat KRONIK)

Saturday, December 5, 2009

kisah kisah

salam
..........
helo semua
ah, sori sebab lama sangat bercuti dari dunia blog
maklumlah aku sudah pergi bercuti panjangggggggggggggggggg
memang syok habissss!
dan punyalah banyak cerita aku nak kongsi
tapi
apa kata kasi aku bernafas dulu malam ni
start malam esok, kita buat marathon-kisah pendek
mahu???
..........
tak mau sudah...

Monday, November 16, 2009

kisah birthday boy

salam
...................
lokasi : di perkarangan ofis
waktu : 7.30 malam
mood : nak pedajal member
.
dari petang tadi sudah rancang dengan J
mahu kenakan H
air mineral botol kecik kemas di tangan aku
lagi satu botol di tangan J
syyyy.... tak boleh bising bising
ini top secret... jalan pun mengendap ngendap
.
mangsa sudah kelihatan dari jauh
menuju ke arah kereta
aku dan J bersedia di sebalik kereta
H menghampiri
kami sedia
dan............
.
"kebusssshhhhhhhh"
(bunyi air di siram)
.
.
.
.
.
.
HOI!!!!! ko mabuk ke dato' K!!!!!!
apesal ko simbah AKU!!!!
"hari ni bukan birthday aku!!!!!!!"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
dan dengan muka tak malu
aku terpaksa masuk ke opis dengan boxer yang basah
memang HARAM!!!

Friday, November 13, 2009

kisah latino

salam
...................
korang rasa muka aku ni ada macam muka latino ke?
.
takde kan?
.
korang rasa bila aku cakap macam ada pelat pelat latin tak?
.
takde kan?
.
korang rasa, body aku seksi macam ricky martin ke?
.
(erk, mungkin jugak kut... ahahahaha...)
..................
alkisah
minggu lepas
ada la sorang opismate sudah emel sama aku
.
there's a SALSA class available
harga dia bla bla bla
10 session bla bla bla
timing dia bla bla bla
.
.
.
.
"i'm interested to join in, will you be my partner?"
.
.
.
erk!! dalam ramai ramai orang
aku ke yang jadi pilihan??
.
.
.
"i bukan tak nak join...
tapi
i kaki KAYU"
(sebab sebenar ialah aku ialah pecinta yang setia...hahaha)

Monday, November 9, 2009

kisah mata

salam
.............
lokasi : site
waktu : jam 9 malam
aktiviti : membuat rondaan di kawasan
.
sudah jadi rutin setiap hari isnin untuk aku turun padang
melawat dan meronda
(dah bunyi macam YB pulak ni..)
bukan apa, buat rondaan supervision
so, terus dengan aktiviti biasa lah
check pekerja
check progress
check itu check ini
sedang check, adalah sekumpulan 5 orang pekerja pakistan lalu
aku pun tanya lah
progress keje, jumlah pekerja, aktiviti apa malam tu dijalankan
bla, bla, bla
dah habis tanya, aku pun ucap thanks lah
tiba tiba diorang pulak yang bertanya
.
"where are you from sir"
aku jawab, "malaysia"
.
"are you a man???"
terkejut!
"of course! i am a man!"
.
"you have beautiful eyes, just like a girl.."
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
WHAT THE HELL!!!!!!!