Saturday, February 25, 2012

Kisah si nakal andi dan toilet

Salam
.
.
Lokasi : opis
Masa : 6 petang
Hari : jumaat
.
.
Keadaan di opis dah beransur ceria
Iye lah, kan hari jumaat ni
Dah pukul 6 petang pulak tu
Semua orang sudah hepi hepi mahu balik
Ada yg dah rancang mahu tengok wayang
Mau kuar makan makan
Mau balik kampung, semua ada!
.

Aku pun sama lah
Wah, nak balik awal neh, mau outing outing outing
Tapi sebelum kuar dari opis
Mari kita setelkan dulu kewajipan kita
Oh yeah, jom solat asar dulu ye
Sebelum tu, apa kata masuk toilet dulu buat apa2 yang patut
.
Ahhh, selesai di tugasan di toilet
Eh!
Alamak!
Apasal nih!
Tidakkkkkkkkk!
.
Tombol pintu toilet rosak!
Dan aku stuck kat dalam!
Tidakkkkkkkkk!
.
Dan selama setengah jam yang berikutnya
Seluruh ofis berhempas pulas dalam misi negara
Misi menyelamatkan si nakal andi yang terkunci dalam toilet!
Sampai kena pecah tombol pintu tinggal lubang!
MALU!!!!!
.
.
.
.
.
Hari isnin
Bos masuk ofis dan tanya
7 tahun dah tombol pintu tu tak tukar
Siapa agaknya yang terkunci tu..
.
.
Cissssssss!

Monday, January 30, 2012

Kisah cium lagi!

Salam
.
.
Beberapa minggu yang lepas aku balik kampung di johor
First time jugak lah balik ke sana
So ramai lah saudara saudara saudari
kaum kerabat yang aku tak kenal
Bila orang dah kenalkan tu
Aku angguk angguk senyum senyum lah
Kenyit kenyit mata sikit
(ok aku tipu, takkan nak kenyit mata kat nenek nenek kot)
.
.
Satu culture kat sana ialah
Bila salam dengan orang tua - akan cium tangan
So, dah jadi kebiasaan nya
Bila aku jumpa ngan atuk2, nenek2, pak2 sedara
Semuanya aku salam dan cium tangan
Maklumlah aku si nakal andi
Nakal tapi pemalu (baca : malu malu kucing)
.
.
Nak dijadikan cerita
Dalam ramai ramai tu
Ada sorang yang nampak dah agak berusia
Punya wife dan anak agaknya dah tiga orang
So, bila diperkenalkan
Aku macam biasa lah, salam dan cium tangan
Borak borak secukup rasa
Before dia balik, aku tanya sama ibu aku
Pakcik ni umur berapa ya
.
Ibu : mr. M, umur ko berapa ye sekarang?
Mr. M : Lahir tahun 1979, sekarang dah 33 tahun
Andi : ........... (dalam hati : what the FORK!!!)
ibu : ye ke, si andi ni muda setahun ja!
.
.
Nape la aku cium tangan dia masa salam
Maluuuuuuuuuuuuuuuuu!
.
.
.
.
.
.
.
Erk, adakah physical aku nampak begitu muda dan physical dia nampak begitu tua?
.
Misteri betolla.. Hahaha

Saturday, January 7, 2012

Kisah serius. Betul betul serius.

Salam
.
.
Dalam hidup ni
Percaya atau tidak
Kamu akan win some, kamu akan lose some
Kamu akan dapat sesuatu, dan kamu akan hilang sesuatu
Kamu tak akan boleh menang semuanya
You can never win them all
.
.
Dalam kerjaya aku
Dah banyak benda yang aku capai
Dan dah banyak impian yang aku gapai
Banyak tempat yang aku sudah pergi
Dan banyak pujian yang aku dapat
.
.
Tapi baru baru ini
Aku macam patah semangat dengan kerja di ofis aku.
Break down.
Putus harapan.
Tertekan.
Rasa rendah diri.
Dan rasa tu makin lama makin menekan.
Makin menebal.
Makin membesar.
Macam barah.
Sedikit demi sedikit menghancurkan semangat aku.
Menghancurkan segala keyakinan aku.
Meleburkan segala kekentalan aku yang ada.
.
.
Sempena tahun baru 2012
Aku mau bangkit.
Ubah segalanya.
Bangun.
Dan kembali berjuang!
Kamu semua jadi saksi ya.
Sokong aku ya.
Sebab aku juga cuma manusia biasa.
yang impikan hidup selalu terang dan cerah
Yang mahukan awan mendung pergi jauh
.
.
Doakan aku yang terbaik
Moga aku dapat membuat comeback
Kembali ke puncak!
.
.
Sebab aku si nakal andi
Aku pemalu, tapi nakal!

Wednesday, November 2, 2011

Si nakal is getting married

Salam
.
.
Im getting married in 18 days
And im sooo stressed out with all the preparations
.
.
Kan best kalau ada poket doraemon!

Thursday, August 25, 2011

Kisah hanyut

Salam
.
.
Dua tiga hari ni macam terdengar dengar di radio
Lagu faizal tahir bertajuk HANYUT
Walaupun lagu lama
Tapi sebelom ni aku mmg xberapa ambil perhatian
Bila check balik lirik dia
Woww.. Sangat touching dan romantik
So, kepada siapa siapa di luar sana
Yang baru bergaduh dengan boyfriend atau girlfriend
Sila nyanyikan lagu ni untuk pujuk dorang
.
.
Oh, jangan lupa beli bunga sekali satu jambak besar!
.
.
Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan daku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salah ku
Benarkanku berbicara
Agar bisa pulih semula

Namun harus
Sampai bila
Kau kan diam
Seribu bahasa

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak bisa terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti bila tiada pengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala resah di jiwaku
Saat mata terbuka Kamulah yang pertama
Tak mampu aku bayangkan hidup tanpa dirimu

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti bila tiada pengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikanmu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit yang kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu aku bersalah
Selalu saja mengabaikanmu meninggalkanmu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu..
.
.
.
Romantik kan aku?
.
Haha.. Macam haremmmm...
.
.
Kita tukar lagi nama
Bukan 'si nakal andi'
Tukar 'si romantis andi'
Hehehehe..

Thursday, August 18, 2011

Kisah lucu ramadhan

Salam
.
.
Di suatu pagi yang hening
di waktu sahur
.
.
Mak : Alim, bangun Lim.... Makan sahur ni...
.
Alim : (masih menarik selimut dan bertanya pada mak nya..
"MAK, MAK BUAT HO... hO... HORLICK ERK???
.
.
.
.
.
.
Mak : HO... hO... HOTAK ENGKAU!!!! BANGUN CEPAT.....!!
.
.
.
Ha Ha Ha

Wednesday, August 10, 2011

Kisah aku dicium

Salam
.
.
Tadi lepas berbuka
Aku terus singgah ke masjid berdekatan rumah aku
Dekat kawasan perumahan elit zaman 90an dulu
Singgah untuk solat maghrib dan isyak
Dah alang alang tu terus ajalah solat tarawih sekali
.
.
Masjid ini kecil saja
Lokasinya bersebelahan dengan sekolah agama
Jadi di masjid tu ramai jugaklah
Ahli ahli masjid yang muda muda
Bahkan si bilal nya pun aku rasa masih budak sekolah
.
.
Selepas solat isyak tu
Selepas doa di bacakan
Aku pun bersalam lah dengan budak disebelah kiri aku
Agaknya darjah lima atau enam
Rendah sedikit dari aku
Semasa salam, dia cium tangan aku
Aik???
Kemudian aku bersalam dengan remaja di sebelah kanan aku
Agaknya dah sekolah menengah
Tingginya pun sama dengan aku
Semasa salam, dia pun cium tangan aku!!
Arghhhh!!
.
.
Adakah aku dah TUA????
.
.
P/s : terpaksalah aku ubah tagline aku
Bukan lagi 'si nakal andi'
Tapi jadi 'si nakal daddy'
.
Hahahaha