Monday, November 16, 2009

kisah birthday boy

salam
...................
lokasi : di perkarangan ofis
waktu : 7.30 malam
mood : nak pedajal member
.
dari petang tadi sudah rancang dengan J
mahu kenakan H
air mineral botol kecik kemas di tangan aku
lagi satu botol di tangan J
syyyy.... tak boleh bising bising
ini top secret... jalan pun mengendap ngendap
.
mangsa sudah kelihatan dari jauh
menuju ke arah kereta
aku dan J bersedia di sebalik kereta
H menghampiri
kami sedia
dan............
.
"kebusssshhhhhhhh"
(bunyi air di siram)
.
.
.
.
.
.
HOI!!!!! ko mabuk ke dato' K!!!!!!
apesal ko simbah AKU!!!!
"hari ni bukan birthday aku!!!!!!!"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
dan dengan muka tak malu
aku terpaksa masuk ke opis dengan boxer yang basah
memang HARAM!!!

Friday, November 13, 2009

kisah latino

salam
...................
korang rasa muka aku ni ada macam muka latino ke?
.
takde kan?
.
korang rasa bila aku cakap macam ada pelat pelat latin tak?
.
takde kan?
.
korang rasa, body aku seksi macam ricky martin ke?
.
(erk, mungkin jugak kut... ahahahaha...)
..................
alkisah
minggu lepas
ada la sorang opismate sudah emel sama aku
.
there's a SALSA class available
harga dia bla bla bla
10 session bla bla bla
timing dia bla bla bla
.
.
.
.
"i'm interested to join in, will you be my partner?"
.
.
.
erk!! dalam ramai ramai orang
aku ke yang jadi pilihan??
.
.
.
"i bukan tak nak join...
tapi
i kaki KAYU"
(sebab sebenar ialah aku ialah pecinta yang setia...hahaha)

Monday, November 9, 2009

kisah mata

salam
.............
lokasi : site
waktu : jam 9 malam
aktiviti : membuat rondaan di kawasan
.
sudah jadi rutin setiap hari isnin untuk aku turun padang
melawat dan meronda
(dah bunyi macam YB pulak ni..)
bukan apa, buat rondaan supervision
so, terus dengan aktiviti biasa lah
check pekerja
check progress
check itu check ini
sedang check, adalah sekumpulan 5 orang pekerja pakistan lalu
aku pun tanya lah
progress keje, jumlah pekerja, aktiviti apa malam tu dijalankan
bla, bla, bla
dah habis tanya, aku pun ucap thanks lah
tiba tiba diorang pulak yang bertanya
.
"where are you from sir"
aku jawab, "malaysia"
.
"are you a man???"
terkejut!
"of course! i am a man!"
.
"you have beautiful eyes, just like a girl.."
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
WHAT THE HELL!!!!!!!

Tuesday, November 3, 2009

kisah gedik

salam
...............
awal pagi lagi aku sampai ke opis
mood semangat nak keje
hepi hepi hepi
tiba tiba bos aku masuk
terus ke biliknya
(oh lupa nak bagitau, aku duduk betul betul depan bilik bos
boleh main mata dengan bos)
sebelum sapa sapa masuk ke bilik bos
tiba tiba officemate aku masuk ke opis bos
pompuan
.
"bos, so harini bos nak saya buat apa? saya free arini.."
dengan nada yang manja sekali
dan bunyi agak gedik
bos macam acuh tak acuh saja
dan tak layan sangat pun
"you buat lah apa apa"
dan si perempuan tadi keluar dengan mood swing
dan diam saja
.
tiba tiba aku teringatkan perangai aku 2,3 tahun lepas
bila free aja, pi jumpa bos
"bos, saya free ni, nak kasi apa apa kerja?"
"ada kerja kosong untuk saya?"
"bos, nak saya design apa apa ke?"
.
baru lah aku tersedar
gedik jugak aku ni dulu kan?
macam haram!

Friday, October 30, 2009

kisah 'am i a bad person'

salam
.............
dalam ofis aku ni
dulu sebelum masuk dalam bilik
aku bekerja dengan mr K dan mr Y
mr K berusia 38 tahun (kira macam senior designer)
mr Y berusia 33 tahun (senior dari aku lah)
dan sejak dari awal tahun ni
aku kerja sama projek dengan diorang
teruk aku dikerjakan
dibuli - disuruh itu - disuruh ini
ditengking - dimarah - diperli
pendek kata, aku lah pekerja paling teruk
paling tak guna, paling menyusahkan
.
tapi yang aku heran
tak guna aku pun - datang cari aku juga
menyusahkan pun - aku juga yang dikerah
dan paling menyakitkan hati aku
design design yang aku buat
dia yang ambik nama
pun masih aku sabar
.
selepas masuk bilik
aku sudah tak buat projek sama dengan 'dato' berdua ni
hampir siap - so aku tak fikir aku diperlukan lagi
aku sudah move on dengan projek projek baru, yang big boss kasi
tapi mengecewakan bila
si 'dato' berdua ni masih juga nak menengking aku
mencari masa sesuai andai aku silap
untuk menghentam aku
.
tolong! tolong lah!
aku rimas dengan politik bodoh ni
for God sake
'am i a bad person?'
teruk sangat kah aku sampai apa saja yang aku buat
menaikkan darah dua ekor ni..
dan paling aku heran
sebab setakat ni big boss aku tak pernah hentam aku
.

Sunday, October 25, 2009

kisah spicy

salam
.................
lokasi : shopping mall M
aktiviti : order makanan
mood : nak lempang orang
................
al kisahnya, aku sedang tunggu order aku siap
alah, order mee goreng chinese style aja
datang lah sorang mat dan sorang minah salleh
dan tanya pasai makanan makanan dalam menu
.
minah salleh : well what is this?
waiter : this is bla bla bla
minah salleh : and what about this? and this? and this?
waiter : itu... bla bla, dan bla bla, dan bla bla
minah salleh : is it spicy?
waiter : yes, it is spicy
minah salleh : is it spicy spicy spicy or just spicy?
waiter : .....er.....
minah salleh : how spicy is spicy?
.
dan saat tu jugak aku tak dapat tahan tangan aku dari menampar minah salleh tu!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
(maksud aku, tampar dalam imaginasi otak aku sahaja!)
.
kalau ko tak suka makan spicy, pergi la makan aiskrim!!
.
jangan nak buat peribahasa spicy plak kat sini!!
.

Wednesday, October 21, 2009

kisah bmw

salam
...................
apa perasaan korang
bila rakan baik korang
yang sama sama keluar makan
selalu bergurau melawak kat opis
.
ada rupa handsome dan ada gaya
.
ada bini cantik macam artis
.
ada kerjaya yang hebat di oversea
.
dan baru semalam, rakan tu sudah beli BMW!!!!
.
dan yang paling best, dia baru berusia 28tahun!
.................
korang tahu apa yang aku buat?
.
.
.
.
(pandang dia, pandang kereta besar dia sambil berkata)
.
"aku rasa ko nampak macam budak sekolah pandu kereta bapak ko lah!"
.
nampak sangat aku dengki kan??? hahahaha
.