Wednesday, August 19, 2009

kisah aircond, jejaka dan gadis

salam
.................
syarikat tempat aku kerja agak besar juga
macam biasalah, setiap hari macam macam ragam boleh jumpa
iyalah, staff pun berbilang kaum
perangai pun berbilang 'belang' jugalah kan
(aku yang hidung belang ni, kira kategori lain ya..)
nak dijadikan cerita, depan aku ni ada seorang staff jejaka melayu
dan selang satu kerusi ada seorang staff gadis filipina
kedua dua staff ini keras kepala macam besi
ok, aku tipu... keras macam titanium sebenarnya
dah selalu sangat aku tengok drama pergaduhan budak berdua ini
kadang kadang sampai menengking2 si jejaka
kadang kadang sampai menangis nangis si gadis
kadang kadang aku yang jadi tukang pujuk
(eh, entah macamana aku aku boleh terlibat dalam drama diorang pun aku tak pasti, tiba tiba saja jadi tukang memujuk)
..................
hari ni bergaduh lagi
kes nya, pasal aircond
cerita panjang panjang pun tak guna, korang nilaikan sendiri kronologi ini
..................
jejaka terasa panas, on kan aircond
.
gadis terasa sejuk (dia duduk betul betul bawah aircond), off kan aircond
.
jejaka bengang, dia on kan
.
gadis bengang, dia off kan
.
dua dua bengang, sorang satu amik remote dan on, off, on, off, on, off
.
jejaka tak tahan bengang! dia pergi jumpa management, mengadu dan mintak si gadis di transfer!
.
.
.
.
.
ok, sampai part ni, aku ternganga...
dah macam cerita kartun!!!
.
(dan kisah ini kisah benar)
.
nak aja aku tengking, "HOI, GROW UP!!!"
(erk, tapi aku kan nakal tapi pemalu, so aku diam dan saksikan sajalah..)
.
lagipun, hidup tanpa DRAMA pasti bosan, ahaha..

6 comments:

  1. pompuan tu mcm aku, spesies tak tahan sejuk. tp aku tak pernah off aircond ler setakat sejuk yg tak gigil tu okey.

    takkan nak off walhal org lain pulak jenis kulit nipis nak aircond je. hmmm, saje je tu depa nak bergaduh xD

    ReplyDelete
  2. haha..bestnya dok office tu..ari2 tgok drama..xyah ade tv pon xpe..jimat bil lektrik tgok drama kat office..hee

    ReplyDelete
  3. pasal tu pon leh gaduh???huh!

    ReplyDelete
  4. belle : apa lagi, sila tambah lemak di badan, 7, 8 kilo...

    illi : yessss... tengok drama memang besh... cuma bila terlibat sama dalam drama, tu yang tak best tu..

    lifesaver : huh, jugak..

    ReplyDelete
  5. hoho
    syokla bleh tengok drama tiap hari sambil gelakkan org..
    hehe

    eh,
    ape kate tukarkn tmp duduk je dua2 org tu..


    erm
    kujuga x tahan sejuk..
    fuh!

    ReplyDelete
  6. jom lawat www.jombinabadan.com
    daftar affiliate percuma

    ReplyDelete