Tuesday, August 4, 2009

kisah rakan serumah baru

salam
.............
alkisahnya, 2,3 hari yang lepas housemate aku moving out
sebab lepas ni dia sudah mahu sewa rumah sendiri
dan sebagai pengganti, masuklah housemate baru
bukannya orang lain, officemate aku juga
walau sedikit terkilan, sebab housemate lama aku sangat pandai masak
iye, aku memang taraf tiga bintang bila masak
tapi dia, dah taraf 5 bintang setengah
hebat tu!
tapi aku tak kisah - welcome new housemate
cuma yang tak sedap nya
ada kisah kisah kurang elok pasal housemate baru
ada yang kata dia panjang tangan la
suka buat magik ala david copperfield untuk hilangkan duit rakan serumah
dan cerita cerita lain
aku sebagai seorang yang begitu particular
telah mengambil langkah langkah tertentu
apa langkahnya? tunggu.......
...................
lokasi : ofis
waktu : waktu rehat (sedang masak megi)
tiba tiba datang officemate - kawan aku jugak
berborak dengan aku
"andi, amacam housemate baru? okay?
aku yang tak suka bising bising ni pun menjawab
"okay, takde hal punya"
tiba tiba dia sambung lagi
" dengar dengar cerita, ada orang tu, punyalah takut orang masuk bilik,
pergi mandi sekejap pun, siap kunci pintu bilik tidur!!!"
....................
aiyak!!!!!! sapa bocorkan rahsia ni????
malunya satu ofis tahu ke???
TIDAKKKK....

4 comments:

  1. khbar angin mmg cepat tersebar

    ReplyDelete
  2. apa kata pasni ko mandi lam bilik trus la,

    tadah air lam baldi, bawak masuk bilik

    ReplyDelete
  3. haha
    pagar bilik tu ngan yasinla..

    ReplyDelete
  4. lifesaver : oh, tepat sekali, terutamanya juicy gossip! nasib baik lah aku bukan gossip boy.. haha..

    azman : tak boleh la... camana nak berendam air panas dalam baldi tu, tak muat!

    miss gaza : hmmmm, cadangan baik tu, nanti saya usahakan (maklum la, ramadhan pun dah dekat, andi - sila insaf sikit..)

    ReplyDelete