Friday, September 4, 2009

kisah diberi betis, mahu peha

salam
...............
selepas berbuka dan berehat tadi
sekitar jam 11 malam
keluar sekejap ke stesen minyak yang berhampiran
(takde la hampir sangat.... dekat setengah jam juga la jalan kaki)
tujuan ialah mahu bayar bill rumah yang dah tertangguh banyak kali
selesai saja urusan, aku terus order milk shake perisa vanilla
(bukan starbuck... aku masih dalam mood boikot starbuck)
ok, dah dapat air... terus aja mahu balik ke rumah
.
baru tiga langkah, tiba tiba ada seorang mamat pakistan-india tegur aku
"hi sir, do you speak english, can you help me sir, please"
"yes, sure.. what is it?"
(dalam hati aku fikir mungkin dia sesat agaknya, mahu tanya jalan)
"im from pakistan...bla...bla...bla...,
and i'm very hungry now, i dont have any money..."
ahah, bila dia sebut saja pasal duit
secara automatik dalam otak aku ialah, "ok selamat tinggal romeo"
bukan mahu berlaku kejam
tapi fikir logik lah
negara yang aku duduk sekarang ni negara kaya
mahu masuk sini, kena pakai visa dan sangat strict procedure nya
jangan harap lah kalau sekadar masuk untuk jadi pengemis, boleh lepas
ini mesti ada something wrong nih...
.
"i dont want yout money. i just want food. im very hungry"
ok, bila dia buat kenyataan tu, hati aku sedikit belas lah
so, tak payah dia explain panjang2
laju aja langkah aku, masuk ke mc donald dan order chicken burger set untuk dia
(aik, tadi boikot - mc D tak boikot pula ye?? ahahaha)
.
so, lepas order segala
aku bayar dan kasi resit dekat dia
so, dia boleh claim the meal dari kaunter lah
aku pun mahu blah dulu lah
mana tahu dia masih ikut aku (dah macam kucing pulak)
so aku cakap lah, tunggu sajalah meal tu, aku dah bayar
tiba tiba lain pula cerita nya
"i stayed in bla bla bla.. the landlord keep my passport.. bla bla bla.. i need to pay for the room for 150.00 or else i need to sleep by the road"
wah, lain pulak cerita engkau ya! tadi awal awal cakap tak nak duit!
(ok, sekadar merungut dalam hati saja)
.
"oh, im sorry my friend, i cant help you on this"
"please sir, please help me, just 150... please"
mamat ni tak berputus asa ni
aku tolak lagi dengan lemah lembut
"sir, you are a muslim, please sir"
"i'm sorry, i cant help you this time"
"sir please sir, please, please, please please!"
"I CANT HELP YOU!!!!!"
entah macamana, tiba tiba aku menengking dia
"NOW GO AND GET YOUR MEAL!!"
"ok, sir, thank you sir" dan dia salam dan terus blah..
.
kamu tahu
kadang kadang, aku fikir aku ialah budak baik
cuba untuk jadi sehabis baik yang aku boleh
selalu berharap hati aku sentiasa lembut
tapi, selalu jugalah kepala aku kena pijak
kadang kadang apa yang aku buat, orang just take for granted
sakitkan hati aku lagi dan lagi
dan sampai masa, aku explode juga
.
so please encik pakistan yang bercakap slanga india
jangan jadikan aku seorang pemarah
biarkan aku kekal sebagai seorang yang lembut hati..
sebab, aku tak akan menjadi seorang monster
sekiranya hati aku selalu dijaga orang.

7 comments:

  1. wah..tak sangka kan? selalunya mcm tu, bila kita berniat baik sikit, orang mula ambil kesempatan..

    lari dari topik kejap, memandangkan ko bukan di tanah air, maka bila ko akan balik beraya di sini? hehe..sibuk tanya..

    ReplyDelete
  2. huh..hope xjmpe org yg mcm tu..klo x, mesti dah melayang duet..cpt kasihankan org pon payah jugak kan..

    ReplyDelete
  3. uiks. lelaki tu takde skill la nk mintak2.. die salah org..haha =)

    ReplyDelete
  4. roh ramadhan tidak meresap ke dalam jiwa ko...

    ReplyDelete
  5. erm...kadang2..kalo dalam situasi mcm tu..aku serba salah...

    ReplyDelete
  6. kesabaran ada batasnya

    ReplyDelete
  7. yied : yup.. kadang2 baru je berniat nak menolong - ada plak yg nak amik kesempatan

    tapi jangan serik, teruskan menolong ya! (ceh, perasan aku ialah si angel andi)

    aku balik 2 hari sebelum raya!!!! yahooo!! aku sayang malaysia!!!

    iyle : kalau duit melayang tu, niat derma sajalah.. dapat pahala gak kan? hehe..

    im : hahaha... itulah kan, lain kali kalau nak mintak mintak duit tu, cuba muka buat buat comel sikit, mana tau si nakal terpedaya.. ahahaha..

    azman : aku rasa dah meresap dah sikit... tapi macam ubat bius marah tu lebih powerfull kut..

    lifesaver : sebenarnya, kalau yang mintak tu orang tua, maybe aku kasi kut, tapi ini muda remaja... hapa crita?

    anoy : yes. betul tu. tapi aku wish, kesabaran aku lebih tebal sikit lain kali... ish, kena usaha lebih ni...

    ReplyDelete