Friday, May 22, 2009

kisah dia sakit apa???

salam
ok, aku tak tahu nak kategorikan kisah ni
samada kisah sedih atau kisah lawak
ia bermula dengan begitu sedih - bertukar kelakar - sebelum berakhir dengan sangat sedih
............................
alkisah nya, budak opis aku Ed baru aja kena terminate
kat opis aku ni, kisah kena terminate atau lari dari opis
dah jadi perkara biasa
hampir setiap bulan ada saja yang kena
maklum lah, firm besar - staff ramai
tapi kes terbaru ni agak unik sedikit
dan sedikit menyedihkan lah
biasanya, tiap staff memang diwajibkan menjalani medical check-up
(okay, kat negeri-tak-ada-hujan ni, medical check-up nya sangat teliti)
aku pernah buat, rasa macam pekerja bangla saja lagaknya
siap kena buka baju xray, blood test, bla bla..
dan si Ed ni kira kerja under aku lah
orangnya kool saja
dan menyenangkan - kerja bagus, perangai ok
dikatakan, dia fail medical check-up
dan serta merta di terminate - hari tu juga kena tinggalkan ofis
sedih bukan
..............................
dan kisah sedih tu mula tersebar
dan macam biasa la - kat ofis mana yang xde kaki kaki gossiper ni
so, diorang menjalankan tanggungjawab diorang dengan mempersoalkan
kenapa dia tak lulus medical check-up
DIA SAKIT APA???
ada yang kata, mungkin HIV kut
sebab selalu dia pi clubbing clubbing
ada yang kata, mental kut
sebab dia xbanyak bergaul da pendiam sikit
tapi yang aku tak boleh tahan
bila sorang mamat ni buat cerita
diceritanya dekat sorang staff pompuan - miss C
"si Ed medical check-up failed - sebab kemaluan nya oversized"
hahahaha... excuse paling bangang pernah aku dengar
dan lebih mengharukan
bila kisah tu tersebar
dan gosip tu berevolusi
sehinggalah boss aku pun terdengar versi tokok tambah
dan tergelak sakan
"miss C nak periksa betul ke kemaluan si Ed besar!"
erk....
..........................
dalam semua orang tergelak sakan
tiba tiba aku teringat satu fakta
yang menukar kisah lawak tadi kepada kisah sedih!
ah!
Ed kerja bawah aku, dia takde, siapa nak sambung kerja dia
selain dari AKU!
arrghhhh, tidaaaaakkkkk!

Monday, May 18, 2009

kisah i'm not a superman, i'm just a boy named andi

salam
satu tahun yang lepas
atau mungkin dua tahun yang lepas
ketika bertugas di tempat kerja lama
aku selalu dibebani dengan projek projek
yang melangkaui keupayaan aku
kadangkala, dalam satu masa
aku terpaksa concentrate pada dua atau tiga projek sekali gus
dan bos selalu pula show no mercy
dengan terus menerus request itu dan ini
dan memberikan ruang waktu yang sangat limited
iya, dua tahun yang lepas
aku kerap melafaskan pada teman aku
"i am not superman,
i am just a boy named andi'
................................
minggu ini perkara sama terjadi lagi
perkara yang mustahil di campak lagi ke bahu aku
aku kini terikat dengan 5 project
yang mana semuanya rushing project
dan lebih memeningkan
apabila aku dengan muka-kurang-malu
selamba saja pergi menghadap boss aku
dan menceritakan kebimbangan aku
takut takut aku tak mampu membereskan kesemua 5 project
dan dalam hati aku terdetik
"i am not superman,
i am just a boy named andi"
dan mahu tahu apa jawapan boss aku?
"takpa, kamu boleh buat
teruskan, u can do all"
lebih mengecewakan apabila ada teman sejawatan
yang cuma terlibat dengan satu project
dan senang lenang saja hidupnya
.............................
entah macamana, di hati aku terdetik lagi
kali ini sedikit membara
"u know what, i am andi, the superman! of course i can do it!"
dan kali ini aku akan cuba sehabis daya aku
kita tengok hasilnya nanti
kalau aku x berjaya, at least aku die trying
aku mati sebagai hero negara!
(ok, aku sudah masuk bab merapu..)
nanti lah kamu yang keje relax satu projek saja tu
ko belum kenal siapa aku
ini si nakal andi, tahu!

Wednesday, May 13, 2009

kisah driver teksi

salam
ok, aku kasi warning awal awal
kalau kamu jenis cepat rasa loya dan mual
tolong jangan baca entry ini
nanti kamu muntah hijau purple
.......................
semalam aku naik teksi
si pemandu ialah lelaki pakistan agaknya 40an
aku yang kepenatan balik kerja ni
layan sajalah
dan si driver ni mula mula ingatkan aku ni bangsa hindustan
aku kata bukan
pastu dia ingat aku orang nepal
(aiyak!!! nepal ke? sungguh memalukan..)
aku kata bukan
lepas tu beriya iya dia nak ajar aku bahasa hindustan aka urdu
ok, mula mula dia tunjuk jam dkny aku
ok, aku dah lupa perkataan tu, tapi maksudnya sangat bagus
dan dia tunjuk kereta sebelah, katanya sangat bagus
lepas tu, boleh tak dia pegang hidung aku!!!!
katanya, sangat bagus!
...................
erk! aku terpaku!

kisah jadual harian aku

salam
ah, lama nya aku x update blog
pejam celik pejam celik
dah berminggu minggu
aku rasa, bumi di bahagian negeri-tak-ada-hujan ni
macam laju aja berputar
erk, atau kepala aku yang lalu berputar ni?
.................
ok, bayangkan kamu di tempat aku
bangun pagi - bergegas mandi dan pakai perfume
rambut? alah, aku sikat guna tangan saja - macho kan?
masuk ofis baru buka fail - aik, dah tengahari
makan makan - borak borak
sambung keje - berlari ke sana ke mari
setelkan apa yang perlu di setel
gaduh gaduh sikit
kena marah serba sedikit
marah marah orang secukup rasa
kena puji sikit - ahem, ahem..
sedar sedar dah malam
ahhh... balik - makan - ngadap laptop
dan part paling aku suka : clubbing!!
tak lah.... aku tipu
tidur lah, apa lagi..
........................
hmmm.... aku rasa aku kena rejuvenate hidup aku lah
dulu di kl hidup aku penuh drama
sekarang... erk! mendatar saja
atau aku patut daftar gynasium?
(walau atas apartment aku ni memang ada gym dan swimming pool)
tapi xde orang pun yang guna..
.........................
eh, kamu diluar, kasi idea lah sikit, kedekut betullah!

Friday, April 24, 2009

kisah gadis gosip

kisah gossip girl ni sebenarnya di buat berdasarkan novel yang sedap-laris
(ok aku translate saja ke bahasa melayu perkataan best-selling, hahaha)
cerita ni berkaitan dengan dunia blog juga - pasal tu aku suka
konsep dia tu agak lain dari kisah kisah remaja lain
dan agak daring juga
(perhatian kepada yg bawah umur tu,
jangan lah berangan angan nak tengok cerita ni, pergi habiskan study dulu!)
bagi aku, filem ni macam kombinasi
sex and the city + The OC + Desperate Housewife
haa.. korang mesti dapat bayangkan, betul?
bayangkan segala skandal, gosip, drama, tumbuk menumbuk, flirt dan segala macam lagi yang dalam filem sex and the city
tapi dalam versi remaja - budak budak sekolah
(sekali lagi, cerita ni tak sesuai untuk para pelajar sekolah ya, harap maklum!)
..................................
kisah nya sekitar New York City's Upper East Side
kawasan orang orang kaya dan perihal sekolah elite anak anak orang kaya ni
unlimited creadit card, unlimited cash, limousine, posh cars, grand bungalow
hah, semuanya yang hebat hebat lah
berkenaan 6 watak utama:
Serena Van Der Woodsen - si playgirl badgirl yang dah insaf dan kembali ke pangkal jalan, dan iya, dia sangat hot okay!
Blair waldorf - si goodgirl secara luaran tapi sebenarnya agak nakal dan sangat licik - lakonan dan wajahnya sebijik macam fazura dalam gol dan gincu - gedik tapi comel
Dan Humprey - si loser yang takde ramai kawan, lonely guy yang takde girlfriend, dan dari keluarga miskin - terjebak untuk bercinta dengan IT Girl, Serena. wah, aku suka watak ini! sama perangai nerd macam aku, hahaha..
Nate Archibald - Goodboy gone badboy. watak dia membayang kan anak orang kaya yang well behaved - gentleman - tapi di sebaliknya sangat nakal dan troublesome.
Chuck Bass - inilah badboy sebenar dalam siri ini - dan juga maniac. sangat licik dan hanya mahu cari perempuan saja. macho tapi bahaya. sure ramai perempuan suka kan?
Jenny Humprey - adik kepada Dan. sangat naive dan selalu dibuli. tapi jangan pandang rendah, Jenny macam ulat beluncas, menunggu masa untuk menjadi butterfly! (wah, ayat aku memang macam haram!)
paling aku suka, sebab siri ni betul betul mengingatkan aku zaman zaman sekolah dan belajar dulu
dan setiap orang ada nama panggilan tersendiri
Serina (S)
Blair (B atau Bee)
Dan (Lonely boy)
Nate (N)
Chuck (mother-chucker) teruk gila ni..!
Jenny (Little J)
dan semua watak watak dalam siri ini
linked by a famous teenage blog - Gossip Girls Blog
yang akan cerita kan semua drama dan aksi
dalam secret blog ni - dan semua orang tahu rahsia rahsia itu
..........................
menarik bukan?
..........................
kalau aku salah satu dari watak di atas
tentulan aku ialah Andi (naughty boy)
setuju?
......................

Monday, April 6, 2009

kisah 'gadis gosip'

salam
iya... kamu semua kena tolong aku!!
aku sudah kena demam asmara
aku sudah tidak dapat berfikir dengan betul
setiap malam bersengkang mata, tido jam dua pagi
balik saja dari ofis aku terus terpacak duduk tak bergerak di atas katil
iya, aku sudah gila bayang
tolong!
........................
semuanya berpunca dari gadis gosip
ah, kamu tak tahu??
ok - terpaksa lah aku speaking sikit
semuanya kerana gossip girls
hahahahaha
iya aku sudah gilakan siri gossip girls yang hangat di US sana
aku tahu, aku tahu,
memang bunyi nya macam cheesy, cheapskate, dan apa apa sajalah
tapi kalau kamu ikuti siri itu
hah, kamu akan sama jatuh cinta dengan watak wataknya!
..........................
oh serena, aku cintakan kamu!
(erk, bukan serena anak chef wan itu ya...)
.........................
p/s: kalau kamu mahukan review cerita ni - cakap saja jangan malu malu, aku dengan rela hati akan cerita tanpa kena bayar!

kisah buat baik berpada pada

salam
alahai, lama betul tak blogging
maklum sajalah - aku busy yg tahap mr najib pun
lebih rela jadi PM dari menjawat jawatan aku ni
(ok lah, aku exeggerate saja..)
.............................
kamu pernah tak, buat baik, berbudi bahasa
tapi entah kenapa, tiba tiba dibalas tuba?
kalaupun bukan tuba, mungkin kamu kena tikam di belakang?
(kalau kamu pergi tikam nombor ekor tu, aku x nak masuk campur, ok)
hah, ini lah yang terjadi baru baru ini
yelah, walau si andi ni nakal
tapi hati aku ni takde lah jahat sangat
nak dijadikan cerita
baru baru ni, sedang aku nak kasi briefing kat staff
aku datang dari belakang - terdengar ketua staff ni kutuk aku
apa lagi, aku straight to the face saja tegur dia dari belakang (dengan nada selamba)
kelam kabut dia, terus gosok gosok belakang aku
berlakon konon konon baik
hahaha, aku suka betul dapat kantoikan orang yg tikam belakang
merah padam muka nya
dan menggelabah bukan main
naik kesian aku tengok
lagi best bila aku buat muka selamba habis
dan dia terasa bersalah habis
..........................
sejak dari hari tu
aku ada motto hidup baru di tempat kerja
its all about business - nothing personal
buat baik berpada pada di ofis
ramai saja yang tukang tikam
kamu ada pengalaman sebegitu?