Sunday, August 16, 2009

kisah jiwa suci penduduk padang pasir

salam
..............

lokasi : dalam bilik
aktiviti : sedang ym bersama rakan
..............

tiba tiba terdengar bunyi loceng pintu rumah dibunyikan
tak peduli
bunyi berkali kali, akhirnya rakan serumah bukakan pintu
terdengar bunyi orang bercakap cakap di dalam bahasa inggeris
tak peduli juga
tak semena mena nama aku di laung
"andi! andi!"
housemate aku muncul di bilik aku
"weh, wallet ko mana?"
aku jawap dengan muka confident
"ada, nape?"
member jawab, "mana, ko tunjuk sikit"
aku cari dan cari, tapi tak jumpa
lantas aku ke muka pintu
ada dua orang pekerja restoran di situ sambil memegang wallet aku!
"sir, we found your wallet sir, outside of our restaurant"
"then we found your condominium card, thats how we can reach here"
oh, aku lantas mengucapkan terima kasih sambil memeriksa wallet aku
................

manager restaurant lantas meminta maaf
"sorry sir, when we found your wallet, the wallet was empty without any money!"
.
.
.
.
aku terdiam
.
.
.
.
kelu untuk aku ucapkan, tapi aku harus ucapkan juga
.
.
.
.
"well, actually, the wallet IS EMPTY! i don't have any money inside the wallet, so dont worry"
.
.
.
.
dan di kejauhan, aku terdengar suara suara sumbang housemate aku tergelak besar mendengarkan wallet aku yang memang kosong tak berduit!
.
hahaha, memang hantu!

Saturday, August 8, 2009

kisah alergi

salam

..................

hari ini big boss tiba tiba buat kejutan

mahu buat meeting tergempar bagi semua pereka

dan semua dipanggil masuk ke bilik mesyuarat

dan dipaksa - rela present rekaan masing masing

tiba di giliran mr A

beriya iya dia membuat penerangan

bla... bla... bla...

dan boss bukan dalam mood baik kali ni

asyik melazer sahaja kerjanya

bla... bla... bla...

tiba tiba mr A terbersin

mr big boss : what happened? fever?

mr A : no, just alergy
mr big boss : alergy??? ALEGY OF WHAT?? ALERGY OF ME???
......................
dan satu bilik tergelak besar!

Tuesday, August 4, 2009

kisah rakan serumah baru

salam
.............
alkisahnya, 2,3 hari yang lepas housemate aku moving out
sebab lepas ni dia sudah mahu sewa rumah sendiri
dan sebagai pengganti, masuklah housemate baru
bukannya orang lain, officemate aku juga
walau sedikit terkilan, sebab housemate lama aku sangat pandai masak
iye, aku memang taraf tiga bintang bila masak
tapi dia, dah taraf 5 bintang setengah
hebat tu!
tapi aku tak kisah - welcome new housemate
cuma yang tak sedap nya
ada kisah kisah kurang elok pasal housemate baru
ada yang kata dia panjang tangan la
suka buat magik ala david copperfield untuk hilangkan duit rakan serumah
dan cerita cerita lain
aku sebagai seorang yang begitu particular
telah mengambil langkah langkah tertentu
apa langkahnya? tunggu.......
...................
lokasi : ofis
waktu : waktu rehat (sedang masak megi)
tiba tiba datang officemate - kawan aku jugak
berborak dengan aku
"andi, amacam housemate baru? okay?
aku yang tak suka bising bising ni pun menjawab
"okay, takde hal punya"
tiba tiba dia sambung lagi
" dengar dengar cerita, ada orang tu, punyalah takut orang masuk bilik,
pergi mandi sekejap pun, siap kunci pintu bilik tidur!!!"
....................
aiyak!!!!!! sapa bocorkan rahsia ni????
malunya satu ofis tahu ke???
TIDAKKKK....

Sunday, August 2, 2009

kisah kita boleh bahagia tanpa wang

salam
............
baru keluar dari gym
melangkah dengan penuh bergaya
dada sedikit bidang, maklumlah, baru lepas workout
perut masih tiada tanda tanda sixpack
berjalan secara kool
menuruni escalator dan terus ke mesin ATM
yess, sudah 1hb.... masa yang ditunggu tunggu
kad dimasukkan dengan tenang
.
.
.
.
.
.
.
.
.
baki anda rm05.00
..........
si nakal andi yang tadinya bergaya terus bertukar lemau
...........
(takpelah.... kita boleh bahagia tanpa wang)
dan perut pun berlagu riang! haram betol!

Thursday, July 30, 2009

kisah bos aku jambu???

salam
...........
sedang sibuk berdiskusi dengan senior aku
tiba tiba dia tegur aku
wah, rambut ko sekarang
ko tiru siapa ni? zac efron eh?
...........
ok, kalau nak tegur pasal rambut aku pun
tak payah la guna volume macam speaker orang kasi ceramah
habis semua officemate aku berpaling dan tergelak gelak
(ok, sekadar merungut dalam hati)
macam biasalah
dah ada sorang start, ramai lah nak jadi pengkritik jemputan
.
"andi tu nak ikut peter pan tu..."
.
"andi tu nak buat rambut macam group hujan..."
.
tiba tiba ada sorang staff lelaki ni keluarkan ayat yang agak panas
.
" rambut dia okay jugak, cuba ko tengok rambut boss tu, sikat ke depan, dah macam adek adek jambu!"
.
dan satu office tergelak besar
.
(aku budget, boss yang sedang bercuti ni, sure tersedak sedak sambil minum teh tu...
sori boss, kami kutuk secara berjemaah, lebih sikit fadhilatnya...)

kisah aku dan bola

salam
.................
kamu pernah tak nampak kucing
nampak burung bertenggek atas dahan pokok
nampak macam jinak betul
kucing ni cuba lompat tapi tak sampai
kucing ni cuba panjat dahan tapi tak sampai
kucing ni cuba buat balik-kuang (ok, dah lebih lebih la pulak...)
at the end of the day, kucing ni putus asa
dan pergi kejar katak saja
pernah tak?
................
ok, tadi aku pergi main futsal
pendek cerita sajalah - aku main macam haram!
walau try macamana dahsyat sekalipun
hasilnya tetap sama - macam haram!
dapat lah aku dengar ayat ayat seperti
.
"andi, ko ni main bola ke menari?"
.
"andi, ko jaga dekat gol! jaga dekat gol! terus sumbat nanti (tapi haram bola tak pass kat aku, hantu betol...)
.
"andi, ko ni nak serang player lain ke nak mengawan?"
.
dan yang aku paling tak boleh terima, lepas aja game, ada sorang officemate ni cakap
.
"kita kasi anugerah pemain paling seksi kat andi"
.................
ok, dah terang lagi bersuluh, aku tak significant langsung dalam dunia bolasepak dunia
dan aku dah decide, aku nak bersara!
goodbye futsal! aku hanyalah kucing yang inginkan burung di dahan
tapi hanya layak mendapat katak di tepi parit
adios. aku bersara. ..
...
...
...
...
...
...
lepas ni aku nak jadi model plak!
xoxo..

Saturday, July 4, 2009

kisah mulut seorang pelacur

salam
...............
ok, kali ni kita cerita pasal ofis sikit ya
biasalah, di ofis aku ni, selalu saja terjadi pertikaman lidah
gaduh mulut tu, kira biasa lah
tapi dua tiga hari lepas
pertama kali dalam sejarah hidup aku
ketika rakan sejawatan aku bergaduh mulut dengan staf bawahan
terdengar dialog yang begitu pelik
aku terdengar dialog perumpamaan yang begitu saiko
kamu tahu apa itu perumpamaan?
alah, masa sekolah rendah dulu kan selalu cikgu ajar pasal perumpamaan
'bagai aur dengan tebing'
atau
'bagai menanti kucing bertanduk'
.................
pendekkan cerita
kes bermula bila si staf ni tak puas hati
sebab ada dua orang superior yang kebetulan handle projek yang sama
mungkin ada salah faham
si staf datang jumpa rakan sejawatan aku
dan terus aja serang menengking tak puas hati
"mana boleh ada dua orang superior untuk satu projek!
sorang cukup lah!
aku nak bagi satu perumpamaan
ko bayangkan aku ni pelacur
mana boleh masukkan dua b*tang dekat aku"
..................
aku ternganga mendengarnya
officemate sebelah (perempuan) terjegil matanya
dan member aku terus berubah mukanya
..................
untuk encik staf
iya, mulut kamu memang mulut seorang pelacur
agaknya kamu ponteng kelas tatasusila masa sekolah rendah
sila belajar untuk bercakap seperti seorang manusia!
..................
iya, aku bengang aja sepanjang hari mengenangkan biadapnya dia!