Friday, May 29, 2009

kisah jumaat yang tidak khusyuk

salam
ok, macam biasa hari jumaat kita kena lah pergi sembahyang jumaat kan
ok, aku memang nakal, tapi, belum nakal untuk tinggal solat jumaat
oh, dan housemate aku semua selamba badak saja ponteng tiap tiap minggu
erk, emmm.... lantak korang lah
......................
alkisahnya, sebab minggu lepas aku berlari lari seperti watson nyambek ke masjid
minggu ni aku cuba pergi lebih awal
iyalah, takkan tiap tiap minggu mahu pahala telur ayam saja kan?
dan walau aku pergi agak awal
sampai sampai di sana, sudah agak sesak dan penuh
sempat juga aku duduk di tempat teduh, di pintu masuk masjid
(kalau duduk bawah matahari - aku bakal jadi african)
cuaca sekarang 47 darjah selsius ya..
oh dan aku alergik cahaya terik matahari
nanti kulit aku ruam2 pulak (sudah macam putera lilin ni)
......................
ok, solat dimulakan
memang sangat sesak - dan antara saf sangat rapat
ok, masa rukuk, tiba tiba aku dapat rasa
kepala jemaah belakang aku, tersentuh punggung aku
ok, fine - itu bukan apa apa pun
dan masa aku sujud - ok ini memang diluar kebiasaan
memang aku terus hilang khusyuk
kamu tahu apa jadi?
kepala jemaah belakang bila sujud
terletak di antara dua tapak kaki aku!!!
dan aku rasa kalau aku cepat cepat duduk tahiyyat
aku akan duduk atas KEPALA DIA!
erk!!............

3 comments:

  1. uiks!!!agak lucu..hehehe :)

    ReplyDelete
  2. huhu
    sesaknya masjid kat sana..
    sampai gitu skali!
    :p

    er,
    ksian sbb tak dapat nk khusyu' tym solat.
    tp betterla kan dr org yg tak pegi trus solat jmaat!
    =)

    ReplyDelete
  3. lifesaver : lucu jugalah - tapi kena tahan lah, takkan nak tiba tiba, berpaling dan cakap, "encik, kepala encik tu boleh ke belakang sikit tak?"

    miss gaza : memang sangat sesak. dan kadang kadang sampai ke luar2 masjid. dan pelik nya, diorang selamba saja duduk dengar khutbah tengah panas terik. kulit tebal 5 inchi agaknya...

    ReplyDelete