Wednesday, June 3, 2009

kisah 'pesanan untuk kamu'

salam
..................
sejak saya baca offline msg kamu
saya mahu telefon kamu dan cuba untuk jernihkan keadaan
.
tapi saya fikir,
saya akan burukkan lagi keadaan dengan menengking dan mencari gaduh..
.
saya mahu message kamu thru hp
tapi saya fikir, benda yang sama akan terjadi,
saya akan berulang kali salahtafsir ayat ayat kamu,
dan saya tahu kamu akan salahtafsir ayat ayat saya
.
dan saya akan terus dan terus membuat lawak lawak bodoh
yang akan menyakitkan hati awak...
..................
kamu tahu, saya macam tersedar dari mimpi
dan saya baru terjaga, realized yang perangai saya begitu buruk
.
begitu buruk, yang selama ini tak pernah ada orang ingatkan saya betapa buruknya perangai saya, sehingga saya sangkakan saya seorang yang berhati lembut
.
rupa rupanya saya seorang berhati hitam
saya sangkakan saya seorang yang menjaga hati seorang perempuan
mana saya tahu, rupa rupa nya perangai saya sangat menyakiti hati seorang perempuan
..................
saya salah sebab bergurau pasal kereta kamu
(saya harap kamu sekurang kurang nya kamu bagitau saya dahulu, jangan sesekali melawak pasal kereta - sebab saya tak dapat baca fikiran kamu)
.
saya salah sebab suruh kamu jangan berangan beli rumah besar2
(saya harap sekurang kurangnya kamu bagitau saya dahulu, kamu bercakap pasal masa hadapan, dan bukan within this 1 or 2 years, sebab saya sedang bercakap pasal beli rumah in this 1 or 2 years)
.
saya salah sebab look down on you
(saya harap sekurang kurangnya, kamu sedar, saya tak pernah look down pada kamu, dan saya tak tahu idea look down itu datang dari mana)
.
saya salah sebab tak respect kamu
(saya harap sekurang kurang nya, kamu sedar yang saya sentiasa respect kamu)
.
saya salah sebab buat lawak yang disturbing dan frustrating
(saya harap, sekurang kurangnya, kamu dapat fahami saya, sejak saya kenal kamu 2 tahun yang lepas, saya selalu cuba ceriakan kamu dengan lawak lawak saya, saya cuba untuk gembirakan kamu dengan cerita cerita kelakar saya, sehingga saya tidak sedar, sebenarnya cerita cerita kelakar saya - hanya membuat kamu benci saya)
.
saya salah sebab suruh mesej sebelum call
(saya harap sekurang kurangnya kamu tahu yang saya di sini selalu busy, dan kadang kadang saya bukan in the mood, kadang kadang saya sangat stress di pejabat, saya tak mahu nanti saya marah marah kamu di phone, atau bercakap ala kadar, nanti kamu tuduh saya tak mahu layan kamu, sedangkan saya sedang susah hati fikir pasal kerja, susah hati fikir itu dan ini)
.
saya salah sebab kakak saya panggil saya 'bf yang tak pernah marah'
(saya harap sekurang kurangnya kamu tahu, bukan saya yang mencanangkan kepada satu dunia yang saya ialah bf yang tak pernah marah - malah saya tak pernah admit itu. dan saya harap kamu jangan sesekali memperlekehkan pandangan kakak saya terhadap saya. kamu tahu, saya sayangkan kakak saya lebih dari segalanya. dan kamu sekurang kurangnya tak perlu judging pandangan kakak saya, kalaupun kamu geram dan benci sama saya)
.
saya salah sebab selalu panas baran
(dan saya tiada alasan untuk itu. memang saya teruk dan pemarah)
.
saya salah sebab di pandangan mata kamu, saya selalu under estimate kamu
(saya harap sekurang kurangnya, kamu tahu yang saya tak pernah underestimate kamu, kamu sendiri patut sedar yang kamu belajar tinggi sampai ke luar negara, kalau dibandingkan dengan saya, kenapa saya mahu underestimate kamu? dan saya tidak tahu mana datangnya idea saya underestimate kamu)
.
saya salah sebab condemn kamu with ur crazy dream
(saya harap sekurang kurangnya kamu tahu yang saya xcondemn kamu, cuma kamu harus tahu, itulah perbezaan lelaki dan perempuan. lelaki kurang berangan angan. selalu fikir pasal figure dan duit. saya selalu cakap, kamu boleh teruskan dream kamu. tapi mungkin salah saya. sebab selalu fikir duit. dan duit. dan duit)
.
saya salah sebab mencari perfect girl
(saya harap sekurang kurangnya kamu tahu, yang saya tak pernah mencari perfect girl, dan saya tak pernah percaya ada nya perfect girl di dunia ini. saya cari orang yang boleh faham saya. yang boleh tahan dengan perangai saya. yang boleh ingatkan saya bila saya buat salah. yang boleh bergelak ketawa sama saya)
.
iya, saya rasa terlalu banyak nya salah saya
sampai tak terhitung, tak terbilang
.
maaf, saya bila menulis memang melankolik, saya tak reti nak tengking2 dalam tulisan
.
maaf, bila bercakap, saya bukan jenis romantik, saya jenis menengking dan marah marah
.
maaf, saya memang jenis suka berkelakar dan buat lawak, saya tak reti nak duduk serius 24-7
.
maaf, saya jenis yang orang pandang dari luar, nampak macam budak baik, sebenarnya perangai sangat jahat dan hati batu
.
maaf saya bukan bf terbaik kamu, dan mungkin bf terburuk kamu
.
begitu banyak nya salah saya,
dua tiga hari ini
terfikir fikir di kepala saya, kamu sudah salah pilih
kamu mahu seorang yang ada di sebelah kamu
kamu mahu seorang yang romantik
terpelajar tanpa suka melawak
kamu suka seorang yang being there all the time
layan kamu, dengar cakap kamu
.
kamu tahu, saya ada soalan untuk kamu
kita sudah kenal hampir lebih 2 tahun
saya masih the same guy yang kamu kenal 2 tahun lepas
making silly jokes is part of me
kata kata kamu sebelum ni membuat kan saya terfikir
do you hate the silly jokes
atau sebenarnya, jauh di hati kamu
do you hate me?
.........................

3 comments:

  1. byknya pesanan...

    ReplyDelete
  2. mesti mood tak stabil sekarang ni..
    kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita selalu buat tu mengguris hati orang sekeliling..
    sabar ye andi..moga pulih dan jernih kembali hubungan kamu..

    ReplyDelete
  3. dan, kesalahan ko yang paling besar...

    mengaku salah seolah2nya semua salah ko.

    ReplyDelete