Sunday, August 29, 2010

kisah 'dan semuanya pun bermula..'

salam
.
.
[aku dalam kemuncak good mood]
.
lagi dua tiga hari, genaplah satu bulan aku kerja di tempat baru
kalau di hitung
genaplah tiga buah firma sudah aku join sepanjang 5tahun setengah usia career aku
dan seperti biasa
setiap firma, ada rules tersendiri, environment tersendiri
dan tentunya ada design touch tersendiri
.
selama sebulan di sini
aku ditugaskan untuk co-handling project bersama officemate aku
mula mula, aku agak tak puas hati
maklumlah, di tempat lama aku memang handle project sorang sorang
dan co-handling memperlihatkan seolah olah aku tak reti buat keje
tapi, aku terima seadanya
invisible pun tak apa lah
walau aku tak dapat menyinar dan tak berada di bawah spotlight
orang kata, kalau kita kerja ngan ikhlas - it shows
.
dua hari lepas
masa aku tolong sorang senior designer
dia sudah realize kewujudan aku
dan tak tersangka sangka
dia sudah offer aku untuk handle project
(of coz team up with senior designer)
but hey, its a big opportunity
dan dia sudah promised untuk pujuk design director
untuk kasi projek itu sama aku
.
this is my chance to shine
korang semua kat luar doa doa kan kejayaan aku ok
aku nak usaha sungguh sungguh macam di office terdahulu
dan nak jadi everybody's favourite
.
its time for me to be the main actor
instead of jadi pembantu janitor!!
Lets do it!

Tuesday, August 24, 2010

kisah iftar cara 'elite style'

salam
.
.
petang semalam dapat sms dari rakan office lama
invitation untuk iftar a.k.a berbuka bersama sama
maklum saja, dah lama tak jumpa kawan kawan office lama
.
sms berbunyi :
.
"humprey, i dah buat reservation for iftar dekat puteri cafe dekat kl sentral"
from - blair warldorf
.
oh, lupa nak buat introduction
dulu di office lama setiap orang diberi nama samaran watak watak dalam siri gossip girls
si nakal andi = Dan Humprey
(walau aku sebenarnya prefer di panggil Rufus Humprey, ngeh ngeh ngeh)
dan seperti biasa lah, watak watak lain seperti nate, chuck, serena dan vanessa
.
memandang kan member2 aku ni suka bergaya dan memakai barang berjenama
pastinya iftar kali ni di buat di cafe yg elite dan classy
.
so petang tadi dengan tergesa gesa after office hour
terus aku naik lrt menuju ke kl sentral
sampai ke kl sentral, terus tanya ke kaunter pertanyaan
aik?
katanya takde cafe puteri di kl sentral
kalau ada pun dekat area monorel
.
terus aku bergegas ke sana
cari dan cari dan cari
dan..........
.
APA???????
ingatkan cafe classy untuk iftar elite style
khas di upper east side of kuala lumpur
rupa rupanya....
RESTORAN PUTERI yang setaraf KEDAI MAMAK TEPI JALAN saja
.
hahahaha, padan muka aku!
banyak berangan!!
.
.
.
p/s : walau takde decoration hebat, tapi makanan sedap.. :)

Tuesday, August 17, 2010

kisah nickname di office

salam
.
.
ini adalah dialog kisah benar yang berlaku di office petang tadi
aku pasti korang semua akan muntah hijau selepas membaca dialog ini
tapi, aku tetap akan menulisnya dengan jujur dan ikhlas
.
.
.
dan dialog ini terjadi antara tea lady di office baru dan si nakal andi
.
.
.
lokasi : depan lif
waktu : akhir waktu zohor
.
tea lady : "andi, mana mau pigi handsome boy???"
.
andi : [tersipu sipu malu]
.
.
.
tamat
.
hahahahaha....

Monday, July 26, 2010

kisah pencuri mimpi

salam
.
.
semalam aku tengok cerita lakonan leonardo di caprio
Titanic?
korang nih boleh jangan outdated sangat, boleh tak?
hahahah..
tentulah aku tonton filem terbaru leonardo dicaprio
dan di bantu oleh ken watanabe
dan juga pompuan yang berlakon cerita juno tu - serious aku xtau nama dia
dan korang nak tau apa reaksi aku sejurus selepas filem tu tamat?
"WOWWWW!!!"
dan, iya aku jerit kuat kuat
hahaha, sebab aku macam sudah sangat sangat kagum dengan jalan cerita ni
ah, cerita apa tu?
inilah INCEPTION!!
.
.
walau ramai yang merungut cakap cerita ni heavy
bagi aku, ini filem misteri yang terbaik pernah aku tonton
.
shuttle island?
yeah... best, tapi takleh lawan INCEPTION
the matrix?
yeah... best, tapi itu soo 90s takleh lawan INCEPTION
mami jarum?
yeah.... uwekkkk (sori, aku sudah termuntah)
.
.
ok, so kalau korang belum tengok
pergi tengok sekarang
buka minda luas luas
jangan tidur walau seminit - sebab kalau korang tak focus
korang akan lost dan tersesat ke dunia LIMBO
.
.
selamat menonton
dan sila kongsi ngan aku di sini lepas tonton tu ya!

Tuesday, July 20, 2010

kisah kasut

salam
.
.
lokasi : kampung
masa : 6.60 petang
.
hari ni macam terlewat sikit
biasa pukul 6.15 aku dah keluar untuk jogging
entah macamana harini sudah terbabas tertido
maklum sajalah, hujan dan berangin
tak lepaskan peluang lah untuk tido petang
.
dalam terkejar kejar tu
cepat cepat aku pakai stokin
dah setel
terus aku sambar kasut dan pakai
eh, dah ketat??
semalam ok lagi
tiba tiba ada rasa benda bergerak di hujung kaki
.
.
.
.
.
.
"ARRGGGHHHH, KATAK!!!"

Sunday, July 18, 2010

kisah angan-angan episod 1 : LCD TV

salam
.
.
sepanjang minggu ni
tugas aku setiap hari ialah berangan angan
memandangkan aku sedang bercuti panjang
dan akan start the new chapter soon
ok, sebenarnya aku takde keja lain nak di buat selain dari berangan angan
eh, tapi jangan judge aku
angan angan aku bukan angan angan kosong
ini versi dream-come-true punya..
.
.
so, memandangkan sekarang aku punya masa yang banyaaaaak
so aku dah survey siap siap dah furniture + ID + decoration bilik aku nanti
(well, aku kan designer - kalau bukan wat design,
apa lagi? takkan nak gi bawak kapalterbang pulak)
anyway, aku tak nak cerita banyak banyak pasal rumah
tapi aku nak cerita pasal bakal new-love aku ni
jeng jeng jeng
.
.
new LCD TV!!!!
.
.
dah lama sebenarnya aku jatuh cinta ngan LCD TV nih
dah dekat 6 bulan rasanya
mau tak nya, bila sorang demi sorang member member aku
angkut bawak balik LCD TV dengan sound system gempak giler babas
Imam muda pun boleh cair iman dia
.
.
so, setelah berfikir panjang dan berangan panjang
aku dah decide
berikut adalah kriteria new love aku :
- Sony @ Samsung LCD TV Flat Screen
- 42 inch
- Full HD (High Definition bak kata Messi dalam iklan bola tu lah)
- akan disertakan dengan bestfriend dia home theatre system (oh, belum decide brand apa)
.
.
dan alang alang dah nak beli Full HD TV
aku pun nak subscribe sekali Astro b.yond
(oh, dengan gigih sekali aku dah pi survey kat astro outlet tadi)
dan berikut adalah kriteria package yg aku nak langgan :
- astro family package
- astro mini packages (variety; Fox, Starworld, E!, Mtv, Animax dan Learning; discovery channel, nat geographic, discovery science, history, animal planet)
- movies package; HBO, Max, Star Movies
.
dan menurut brochure nih, Astro b.yond merangkumi :
- AXN + FOX + HBO + National Geographic + History
.
kira nya, selain dari 5 channel ni
channel lain lain akan sedikit kurang sharp
(sebab the technology of the remaining channels belum di upgrade ke HD)
pendek cerita, takleh la tengok astroria in HD
dan betapa gigihnya aku, siap pi test tengok
kat astro outlet tu
kalau kat TV plasma - camne effect HD tu
kalau kat LCD TV plak, camana effect dia
(hahaha, nampak sangat aku takde keja nak buat kan? kan?)
.
so, kesimpulan nya
aku agak puas hati lah dengan kualiti HD ni pada LCD TV
dan even channel yg belum HD tu
takde la teruk sangat kualiti nya dia LCD TV
.
so, sebaik saja aku back to KL
akan ku sambar secepat mungkin
hehehe
.
oh, dan memandangkan LCD TV ni bakal menetap di rumah aku nanti
sila hentikan angan angan korang nak berparti buih sakan kat umah aku
nanti buih kena kat LCD TV - pastu rosak!
so, korang sila pi mandi buih kat carwash terdekat ok?
hahaha..

Wednesday, July 14, 2010

kisah upper east side manhattan elite

salam
.
.
selepas berminggu minggu mencari cari tempat kerja yang menarik
dan tempat tinggal baru yang sesuai
akhirnya aku jumpa juga pilihan paling tepat
bakal kerja di the most prominent street in kuala lumpur
(yup, where all the yippie aka young executives duk bersosial)
dan bakal tinggal di one of the up and trendy condo di kuala lumpur
(well, kalau tak trendy pun, aku akan trendykan tempat tu)
hahaha
.
well, this is a new life of si nakal andi
welcome to the upper east side of manhattan elite
(alamak, dah tersasar jauh la pulak)
welcome to the upper east side of kuala lumpur elite
hahaha, memang macam haram
.
get ready all KL's socialite
here i come!!
.
.
.
.
p/s : ini la yang jadi bila duk bertapa lama sangat kat kampung..
.
oh lupa, kena ada ending :
x.o.x.o.