Sunday, August 2, 2009

kisah kita boleh bahagia tanpa wang

salam
............
baru keluar dari gym
melangkah dengan penuh bergaya
dada sedikit bidang, maklumlah, baru lepas workout
perut masih tiada tanda tanda sixpack
berjalan secara kool
menuruni escalator dan terus ke mesin ATM
yess, sudah 1hb.... masa yang ditunggu tunggu
kad dimasukkan dengan tenang
.
.
.
.
.
.
.
.
.
baki anda rm05.00
..........
si nakal andi yang tadinya bergaya terus bertukar lemau
...........
(takpelah.... kita boleh bahagia tanpa wang)
dan perut pun berlagu riang! haram betol!

Thursday, July 30, 2009

kisah bos aku jambu???

salam
...........
sedang sibuk berdiskusi dengan senior aku
tiba tiba dia tegur aku
wah, rambut ko sekarang
ko tiru siapa ni? zac efron eh?
...........
ok, kalau nak tegur pasal rambut aku pun
tak payah la guna volume macam speaker orang kasi ceramah
habis semua officemate aku berpaling dan tergelak gelak
(ok, sekadar merungut dalam hati)
macam biasalah
dah ada sorang start, ramai lah nak jadi pengkritik jemputan
.
"andi tu nak ikut peter pan tu..."
.
"andi tu nak buat rambut macam group hujan..."
.
tiba tiba ada sorang staff lelaki ni keluarkan ayat yang agak panas
.
" rambut dia okay jugak, cuba ko tengok rambut boss tu, sikat ke depan, dah macam adek adek jambu!"
.
dan satu office tergelak besar
.
(aku budget, boss yang sedang bercuti ni, sure tersedak sedak sambil minum teh tu...
sori boss, kami kutuk secara berjemaah, lebih sikit fadhilatnya...)

kisah aku dan bola

salam
.................
kamu pernah tak nampak kucing
nampak burung bertenggek atas dahan pokok
nampak macam jinak betul
kucing ni cuba lompat tapi tak sampai
kucing ni cuba panjat dahan tapi tak sampai
kucing ni cuba buat balik-kuang (ok, dah lebih lebih la pulak...)
at the end of the day, kucing ni putus asa
dan pergi kejar katak saja
pernah tak?
................
ok, tadi aku pergi main futsal
pendek cerita sajalah - aku main macam haram!
walau try macamana dahsyat sekalipun
hasilnya tetap sama - macam haram!
dapat lah aku dengar ayat ayat seperti
.
"andi, ko ni main bola ke menari?"
.
"andi, ko jaga dekat gol! jaga dekat gol! terus sumbat nanti (tapi haram bola tak pass kat aku, hantu betol...)
.
"andi, ko ni nak serang player lain ke nak mengawan?"
.
dan yang aku paling tak boleh terima, lepas aja game, ada sorang officemate ni cakap
.
"kita kasi anugerah pemain paling seksi kat andi"
.................
ok, dah terang lagi bersuluh, aku tak significant langsung dalam dunia bolasepak dunia
dan aku dah decide, aku nak bersara!
goodbye futsal! aku hanyalah kucing yang inginkan burung di dahan
tapi hanya layak mendapat katak di tepi parit
adios. aku bersara. ..
...
...
...
...
...
...
lepas ni aku nak jadi model plak!
xoxo..

Saturday, July 4, 2009

kisah mulut seorang pelacur

salam
...............
ok, kali ni kita cerita pasal ofis sikit ya
biasalah, di ofis aku ni, selalu saja terjadi pertikaman lidah
gaduh mulut tu, kira biasa lah
tapi dua tiga hari lepas
pertama kali dalam sejarah hidup aku
ketika rakan sejawatan aku bergaduh mulut dengan staf bawahan
terdengar dialog yang begitu pelik
aku terdengar dialog perumpamaan yang begitu saiko
kamu tahu apa itu perumpamaan?
alah, masa sekolah rendah dulu kan selalu cikgu ajar pasal perumpamaan
'bagai aur dengan tebing'
atau
'bagai menanti kucing bertanduk'
.................
pendekkan cerita
kes bermula bila si staf ni tak puas hati
sebab ada dua orang superior yang kebetulan handle projek yang sama
mungkin ada salah faham
si staf datang jumpa rakan sejawatan aku
dan terus aja serang menengking tak puas hati
"mana boleh ada dua orang superior untuk satu projek!
sorang cukup lah!
aku nak bagi satu perumpamaan
ko bayangkan aku ni pelacur
mana boleh masukkan dua b*tang dekat aku"
..................
aku ternganga mendengarnya
officemate sebelah (perempuan) terjegil matanya
dan member aku terus berubah mukanya
..................
untuk encik staf
iya, mulut kamu memang mulut seorang pelacur
agaknya kamu ponteng kelas tatasusila masa sekolah rendah
sila belajar untuk bercakap seperti seorang manusia!
..................
iya, aku bengang aja sepanjang hari mengenangkan biadapnya dia!

Saturday, June 27, 2009

kisah kamu yang ayu

salam
...............
jam : 2.05 petang
lokasi : entrance masuk ke ofis
keadaan : tergesa gesa
...............
ok, seperti biasa, aku yang nakal ni
ambil half day hari ni
iya lah, takkan lah nak keje saja kan
aku pun manusia, bukan artificial intelligence
sedang aku tergesa gesa menuju ke pintu masuk ofis
terdengar ada dua orang sedang berjalan di belakang aku
dan terdengarlah dialog ini
"wah, ayu je nampak dari belakang!"
aku berpaling dan terus pandang ke kiri dan kanan
mana ada orang lain!!
"siapa ayu?"
"engkau lah! rambut kau tu, ayu betol"
................
erk, memang HARAM!!
mentang mentanglah rambut aku panjang sudah cecah bahu!

Tuesday, June 16, 2009

kisah aku dipikat...

salam
........
lokasi : gym di negeri tak ada hujan
waktu : lebih kurang pukul 10malam
keadaan fizikal : kepenatan selepas sejam workout
..........
masuk ke bilik sauna
ada tiga orang termasuk aku
ok, dalam bilik sauna yang kecik tu
mana ada orang borak borak kan
so, just pandang siling atau pandang dinding
kalau dah boring sangat, pandang kat dua orang lagi tu
ada seorang jejaka agak gemuk duduk di tengah tengah
sorang lagi jejaka, agak tampan duduk di hujung
tiba tiba mamat yang duduk hujung tu pandang aku
aku pandang diri sendiri - ok rasanya towel aku ok
tak nampak apa peliknya
dan aku pandang dia balik
dia pandang dinding
lepas tu dia pandang aku balik
ok, aku pelik sekejap
lepas tu dia buat sesuatu di luar jangkaan aku
dia kenyit mata pada aku!
dan aku nak tersedak menahan gelak
cuma kontrol muka buat buat serius
hahaha...
....................
aku cerita pada member
wah, aku dah kurus ke hah? ada orang kenyit pada aku
(erk, walaupun dia lelaki)
dia cakap
"maybe mamat tu suka pada orang orang gemuk!"
hahaha, haram!
...................
p/s : aku straight guy..

Thursday, June 11, 2009

kisah jangan pakai baju hitam

salam
............
ok, perhatian semua
aku mahu cerita pasal pemakaian staf staf di gym bertaraf antarabangsa
di gym Fit Fit (ok, nama asal dirahsiakan atas sebab sebab keselamatan)
ada 3 jenis staff attire
bezanya pemakaian bermakna bezanya pangkat dan tugas tugas di gym ini
.............
jenis satu
pakaian berwarna biru
staff ini biasanya adalah dari bahagian consultation
pemakaian agak rapi
baju mahu kemas
muka mahu bersih, clean cut
mulut selalu senyum
ramah luar biasa (dalam hati siapa tahu kan?)
ok, sesuai lah dengan tugas mereka ni
mahu melayan pelanggan
mestilah berpura pura sikit kan?
..............
jenis kedua
pakaian berwarna merah garang
baju tu macam nak bagitau semua orang
"hey, pandang sini, tengoklah dadaku yang bidang ini"
pemakainya mestila bebodi HOT
badan ketul ketul, handsome
atau slim solid, lawa lawa saja
(ok, ada juga lah yang tersesat seorang dua yang badan gempal)
kalau gempal, janganlah kerja di gym kan?
oh, tugas mereka ialah instructor gym
patut lah badan ketul ketul
..............
jenis ketiga
pakaian kaler hitam
muka sayu saja
macam keletihan
seluar dan baju, memang sepasang hitam
patut lah nampak sayu saja
tugasnya membersihkan tuala tuala
aku agak tugasnya ialah membersihkan gym
kiranya bahagian terbawah dalam kategori pangkat pangkat gym lah
...............
dan yang paling menyedihkan ialah
hari ini aku ke gym
dengan memakai seluar hitam dan baju hitam
sebijik macam kasta terbawah kategori pakaian gym
MACAM HARAM!!!!
nasib baik takde orang hulur tuala dekat aku!